CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Cuba Hanbok Free, Enam Sahabat Nyaris Tertipu Ketika Melancong Di Korea Selatan

25-10-2019 10:50 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6539| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Bagi kaki travel, perlu sangat berhati-hati dan sentiasa berwaspada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau scam

Walau bagaimanapun, kadangkala kita akan terjebak juga kerana modus operandi scammer sentiasa berubah.


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @khairinkhan telah berkongsi pengalaman beliau dan lima rakannya nyaris terjebak dengan penipuan ketika melancong ke Korea Selatan pada Oktober tahun lalu.



Kredit foto: Twitter

Menurut Khairin, kejadian bermula ketika dia dan rakan-rakannya dihampiri dua pelajar Korea ketika berada di Seoul Plaza City Hall. Kedua-dua pelajar Korea itu menawarkan pengalaman untuk merasai budaya tempatan di sebuah universiti berdekatan.

Walaupun mulanya skeptikal, akhirnya mereka termakan pujuk rayu apabila diberitahu bahawa boleh memakai Hanbok iaitu pakaian tradisi Korea secara percuma.


Bagaimanapun, setelah dibawa menaiki keretapi ke destinasi berdekatan, mereka terkejut apabila dibawa ke sebuah pusat komuniti dan bukannya universiti seperti dijanjikan. 


Kredit foto: Twitter

Mereka juga mula dilarang untuk mengambil gambar, walau bagaimanapun Khairin dan rakan-rakannya sempat mengambil gambar curi kerana mulai curiga.

Kecurigaan mereka berasas apabila mereka dipakaikan Hanbok dan mulai diajar upacara keagamaan termasuk sujud dan meniru tok sami.



Kredit foto: Twitter

Akhirnya menerangkan bahawa mereka tidak boleh mengikuti acara itu kerana beragama Islam, mereka diminta membayar sejumlah wang.


Kredit foto: Twitter

'Kami bayar 1000 won (RM4) dan merayu dilepaskan kerana tidak ada wang, kami bersyukur tidak diapa-apakan,' terang Khairin.

Rupa-rupanya, bukan kumpulan Khairin sahaja yang pernah mengalami scam seperti itu. Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Semoga pengalaman Khairin dan rakan-rakannya dijadikan ikribar oleh travellers lain supaya tidak terjebak dengan sebarang scam ketika mengembara ke negara orang. - CARI
6

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 25-10-2019 11:10 AM
Padahnye bila pantang dgr benda free
Pastu suka kuar masuk kedai kt myongdong sbb nk kumpul free gift kn
Tu je la target nye
Quote buragazz 25-10-2019 11:13 AM
Aku memula ingat Handbook.. dapat free sebagai panduan melancong.. rupanya pakaian tradisi sana ekk...
Quote Sang_Pencinta 25-10-2019 11:40 AM
Pakai baju berganti2 dgn orang ramai demi nak bergambar ni tak bau tengik ke??
Quote cheergirlz 25-10-2019 12:01 PM
gittew plak....mcm2 modus scammer
Quote Artemesiaa 25-10-2019 12:36 PM
Gigih sangat semua benda nak free mendapat sudah.  Zaman sekarang jarang orang nak bagi free2 dengan mudah tampa ada muslihat disebaliknya.
Quote Artemesiaa 25-10-2019 12:38 PM
Sang_Pencinta replied at 25-10-2019 11:40 AM
Pakai baju berganti2 dgn orang ramai demi nak bergambar ni tak bau tengik ke??

Kalau yang berbayar mereka akan cuci hari2 part kebersihan merek betul2 jaga macam di Jepun
Quote unguaurora 25-10-2019 12:56 PM
May be mcm org islam nak solat jenazah kena cukupkan 40 org. Tu pasal deols tarik je sape2 utk sembah nenek moyang deols {:yameteh
Quote matchstick 25-10-2019 01:43 PM
unguaurora replied at 25-10-2019 12:56 PM
May be mcm org islam nak solat jenazah kena cukupkan 40 org. Tu pasal deols tarik je sape2 utk semba ...

hahahaha kelako pulok part solat jenazah tu..
Quote girlfridayz 25-10-2019 02:31 PM
hihiii tak menahan nengok muka memasing terkulat-kulat dapat merasa pakai hanbok tapi hanbok utk orang smayang... hahaha. masing2 bayangkan hanbok lawo2 skali camtu je.. adeh kesiannya..
Quote buapakperut 25-10-2019 03:26 PM
fishy sangat kalau tgk hanbojnye pun mcm kain kapan. traditional punya lawa oo macam broked pun ya kainnya. colourful lagi
Quote buapakperut 25-10-2019 03:28 PM
iols tgh jahit hanbok untuk anak sebab geram sangat tengok running man pakai comel2. iols siap jahit tengok anak iols bukan cam korea, dh mcm wong fei hung dah mane silapnye
Quote watie79 25-10-2019 04:00 PM
pearl.silver replied at 25-10-2019 11:10 AM
Padahnye bila pantang dgr benda free
Pastu suka kuar masuk kedai kt myongdong sbb nk kumpul free gi ...

kahkahkahkah..kau macam tau2 jer

nak pakai hanbok free pi Plaza M kat Myeongdong sana....
Quote Sang_Pencinta 25-10-2019 04:04 PM
Pantang dengar benda free kan... Sanggup
Quote Supersirap 25-10-2019 05:54 PM
Sudah tahu info ini, so berhati-hati guys
Quote LadyCarefree 25-10-2019 06:20 PM
Padan muka.
Quote minahsenget 25-10-2019 06:43 PM
Tegelakkk tgk muka masing2 kena sembah tok nenek moyang k pop
Quote gideoncross 25-10-2019 11:10 PM
Ikut trend lah ni.
Quote sfrnna 26-10-2019 04:57 AM
Melayu dgn benda free berpisah tiada... Org nak travel, ko pun nak travel kan.. hmm
Quote L211 28-10-2019 04:01 AM
Melayu dgr benda free berpisah tiada.. hahaha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.285349 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top