Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kaka Azraff dan suami Adam Azriff atas kelahiran anak sulung mereka pada 11 Oktober lalu. Suami kepada Kaka telah berkongsi semua post di Instagram yang menampilkan wajah anak mereka dan menamakannya Aslan bin Adam.
Gambar tersebut disertakan kapsyen Adam yang mendoakan anaknya membesar dengan hebat dan taat pada perintah Allah. Foto IG Penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Hal Aku bersalin dengan lancar pada jam 2.14 petang, pada Jumaat. Mereka meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau dan bayinya sepanjang kehamilan anak pertama ini. Sudah tentu, ruangan komennya dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu. - CARI |
LadyCarefree replied at 19-10-2019 02:37 AM
Legasi daheck
Asdan replied at 19-10-2019 09:17 AM
tanya sikit, nama mana lebih sedap, Aslan atau Asdan ?
kechikchomel replied at 19-10-2019 02:21 PM
Anak jihan pun aslan kan? Ke camne ntah eja
doubleA replied at 19-10-2019 02:37 PM
Tak silap nama ungku aslan juga. Apa makna nama aslan ni eh?
kechikchomel replied at 19-10-2019 02:45 PM
Setau iolss Aslan tu nama Turkish yg bermaksud singa. Kalau tengok citer Narnia, ada watak singa t ...
doubleA replied at 19-10-2019 03:17 PM
Ooo patut kaka dok sebut baby lion. Bahasa turki la ni, sebab kalau in arabic singa tu hamzah kan
ADVERTISEMENT