Cinta di zaman persekolahan semamangnya manis dan meninggalkan banyak kenangan. Sebab itulah agak sukar untuk melupakan crush ataupun pasangan cinta monyet walaupun sudah lama berlalu. Ini kadangkala mengakibatkan krisis, apalagi jika crush lama anda muncul di kala anda sudah pun punya seseorang.
Itulah yang menjadi persoalan seorang gadis bernama Yaya yang mengemukakan masalahnya kepada akaun Twitter @twt_cinta. Menurut Yaya, baru-baru ini beliau menjadi dulang girl kepada salah seorang kawan lamanya dan kebetulan salah seorang pengapit lelaki adalah crushnya di zaman persekolahan.
‘Lelaki itu meluahkan perasaan dan mengaku masih meminati saya walaupun sudah lapan tahun meninggalkan zaman persekolahan’ luah Yaya. Bagaimanapun, Yaya berbelah bagi kerana dia kini sudah mempunyai teman lelaki yang dikenalinya selama 6 tahun, dan teman lelaki itu sudah merancang untuk menyuntingnya tidak lama lagi. ‘Apa perlu saya buat’ Tanya Yaya kepada pengikut akaun bertemakan persoalan cinta itu. Kebanyakan daripada netizen yang membaca perkongsian Yaya sebaliknya mengecam gadis tersebut. 'Senang je, jangan jadi sund@al' kata seorang netizen mengecam. ‘Baru kena usik sedikit dah berbelah bagi’ kata seorang netizen. ‘Sebenarnya kau tak sayang teman lelaki pun, sebab tu hati mudah tergoyah dengan lelaki lain, pilihlah crush tu’ kata seorang lagi. Bagaimanapun, ada juga yang mengemukakan nasihat yang berguna untuk Yaya. ‘Anggap sahaja crush tu dugaan, lagipun teman lelaki dah serius nak berkahwin, yakin ke crush tu akan lamar awak sebagai isteri?’ kata netizen itu. ‘Jangan tamak, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, 8 tahun dulu mungkin crush tu baik tapi sekarang kita tak tahu sedangkan 6 tahun teman lelaki di depan mata’ tambah netizen lagi. Apa-apapun, semoga Yaya mengambil keputusan yang bijak untuk masa depannya sendiri.- CARI |
billionman78 replied at 17-10-2019 11:19 AM
dugaan paling hebat ialah ketika sedang bertunang.
syaitan akan berbisik untuk ko melakukan zina ...
gummiebear replied at 17-10-2019 11:38 AM
Kenapa kena berbelah bagi? Kalau betul crush tu minat kau, dah lama la dia cari kau. Ni sebab baru t ...
ADVERTISEMENT