CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6612|Reply: 53

'Perlukah Tinggalkan Bakal Tunang? ' - Gadis Keliru Crush Zaman Sekolah Muncul

[Copy link]
Post time 17-10-2019 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Cinta di zaman persekolahan semamangnya manis dan meninggalkan banyak kenangan. Sebab itulah agak sukar untuk melupakan crush ataupun pasangan cinta monyet walaupun sudah lama berlalu. Ini kadangkala mengakibatkan krisis, apalagi jika crush lama anda muncul di kala anda sudah pun punya seseorang.




Kredit foto: Twitter







Itulah yang menjadi persoalan seorang gadis bernama Yaya yang mengemukakan masalahnya kepada akaun Twitter @twt_cinta.




Kredit foto: Twitter





Menurut Yaya, baru-baru ini beliau menjadi dulang girl kepada salah seorang kawan lamanya dan kebetulan salah seorang pengapit lelaki adalah crushnya di zaman persekolahan.




Kredit foto: MStar







‘Lelaki itu meluahkan perasaan dan mengaku masih meminati saya walaupun sudah lapan tahun meninggalkan zaman persekolahan’ luah Yaya.





Bagaimanapun, Yaya berbelah bagi kerana dia kini sudah mempunyai teman lelaki yang dikenalinya selama 6 tahun, dan teman lelaki itu sudah merancang untuk menyuntingnya tidak lama lagi.




Kredit foto:





‘Apa perlu saya buat’ Tanya Yaya kepada pengikut akaun bertemakan persoalan cinta itu.


Kebanyakan daripada netizen yang membaca perkongsian Yaya sebaliknya mengecam gadis tersebut.

'Senang je, jangan jadi sund@al' kata seorang netizen mengecam.

‘Baru kena usik sedikit dah berbelah bagi’ kata seorang netizen.

‘Sebenarnya kau tak sayang teman lelaki pun, sebab tu hati mudah tergoyah dengan lelaki lain, pilihlah crush tu’ kata seorang lagi.




Kredit foto: Twitter





Bagaimanapun, ada juga yang mengemukakan nasihat yang berguna untuk Yaya.


‘Anggap sahaja crush tu dugaan, lagipun teman lelaki dah serius nak berkahwin, yakin ke crush tu akan lamar awak sebagai isteri?’ kata netizen itu.

‘Jangan tamak, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, 8 tahun dulu mungkin crush tu baik tapi sekarang kita tak tahu sedangkan 6 tahun teman lelaki di depan mata’ tambah netizen lagi.




Kredit foto: Carian Google





Apa-apapun, semoga Yaya mengambil keputusan yang bijak untuk masa depannya sendiri.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 11:12 AM | Show all posts
kenapa aku rasa dia tak perlu buat apa2?

or kena break je ngan bf dia skrg.. bak kata pepatah, kalau yg pertama dah elok, tak mungkin ade yg kedua..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadah aje...putus jelah ngan bf tu...ape susahkn.... sbb ati tu dh ada dgn crush bkn bf nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:19 AM | Show all posts
dugaan paling hebat ialah ketika sedang bertunang.

syaitan akan berbisik untuk ko melakukan zina dengan tunang.

ataupun syaitan berbisik untuk pilih orang lain.

memang betul time tunang la banyak dugaan. time tu la berbondong2 jantan / betina lain tetiba minat kat kau. ini fakta.

kenapa aku cakap camtu? aku pernah alami keadaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:21 AM | Show all posts
billionman78 replied at 17-10-2019 11:19 AM
dugaan paling hebat ialah ketika sedang bertunang.

syaitan akan berbisik untuk ko melakukan zina ...

walaupun rupa non-hado, still ramai minat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:22 AM | Show all posts
kalau akak dik, akak stay ja ng bf skrg. sbb die lagi lama dengan kita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Still terpikat dgn jantan lains means bf sekarang tu tak petfect lagi bagi dia

Better break off ja lah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:28 AM | Show all posts
pilih crush ... period!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tamak, nasib pompuan tak boleh poligami

Kalau tak dia ikut jejak pemuda Sabah yg tak tahu pilih terus kahwin 2 sekaligus tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:35 AM | Show all posts
pilih siapa dulu yang datang meminang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kena berbelah bagi? Kalau betul crush tu minat kau, dah lama la dia cari kau. Ni sebab baru terjumpa, baru lah heols confess. Kau pulak terus keliru. Apoo laa. Nampak sangat tak sayang bf sekarang. Putus je lah dek kesian bf. He deserves better
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 17-10-2019 11:38 AM
Kenapa kena berbelah bagi? Kalau betul crush tu minat kau, dah lama la dia cari kau. Ni sebab baru t ...

Sebab tu org cakap reunion reunion ni punca hubungan retak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian bf dia.. harap2 putus la sebelum terkawin nasib baik jmpa crush masa tgh tunang lg.. kalau dah kawin kot jadi scandal plak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:45 AM | Show all posts
kagum hakak ngan bebudak sekarang, nak mintak pendapat sume kat socmed...hampa takdak kawan baik ka? takdak family ka? plus, lom bertunang lagi pun, baru plan nak bertunang kan? masih ade masa nak explore both parties, especially yg baru pop up laaa...selagi tak melanggar batas agama, tu hak kamu dek....jodoh hak Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Persoalan, slps 8 tahun masihkah crush tu 'orang yg sama'? Ntah tah perangai dewasa dah mcm syaitan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:52 AM | Show all posts
Sendiri pun tak tetap pendirian macam mana orang lain nak bantu sendangkan orang lain pun tak tahu macam mana perangai kedua2nya.  Pendek kata sendiri yang guna sendirilah yang kena buat piihan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 12:02 PM | Show all posts
sometimes kita perempuan ni terlalu overthinking
kadang lelaki tu cakap camtu, saja nak test market je
so dont pay attention too much on those losers
if he wants you, dah lama dia cari kau dik
tak yah tunggu reunion

but yeah, depends on you jugak dik
diri sendiri je tau perasaan macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sajes you stay dengan bf 6 tahun je dik..from personal experience gituu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 12:15 PM | Show all posts
so...ko jumpa sekali kat kenduri kawen tu ko rasa jantan tu suka giler dengan ko berbanding dengan pakwe ko sekarang yg 8 tahun tau perangai ko cmne tu?ko ni nak makan maki ke kaki?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 12:27 PM | Show all posts
gedikkssss
rsa diri laku sgt le tu
menyampah aku dgn org mcam ni
xde pendirian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075120 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list