CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Penyanyi Lepas Teliti Pantulan Pada Anak Mata Untuk Kenal Pasti Rumah Mangsa

16-10-2019 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11777| Komen: 72

Lelaki didakwa merogol seorang bintang pop Jepun setelah sekian lama mengintip gambar-gambar swafoto mangsa.

Memetik The Sun, suspek mengetahui tempat tinggal wanita itu melalui bayangan yang dipantulkan pada anak mata mangsa.



Kredit foto: The Sun/Twitter

Hanya dengan melihat pantulan dalam anak mata mangsa yang dimuat naik ke media sosial, Hibiki Sato, 26, dapat mengenal pasti perhentian bas dan pemandangan sekeliling bagi menjejaki tempat tinggal Ena Matsuoka, 21.

Peminat fanatik Ena itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap ahli kumpulan pop Jepun Tenshitsukinukeniyomi berkenaan di luar rumah mangsa di Tokyo, Jepun.


Kredit foto: CBS News


Suspek dikatakan menarik mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah ke kawasan gelap sebelum merogolnya pada 1 September lalu.

Difahamkan, sebaik Ena tiba berhampiran kawasan perumahannya, suspek yang menunggunya di tempat kejadian mengekori mangsa sebelum menekup mulutnya dengan sehelai kain.


Kredit foto: The Sun/Twitter

Sato yang ditahan polis didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa hingga mengakibatkan kecederaan.

Suspek memberitahu polis bahawa dia menggunakan Google Maps bagi mengesahkan lokasi perhentian bas berhampiran tempat tinggal penyanyi itu.


Kredit foto: The Sun/Twitter

Untuk mengukuhkan lagi 'hasil penemuannya', suspek turut meneliti kedudukan langsir dan arah cahaya matahari yang masuk melalui tingkap untuk menentukan mangsa tinggal di tingkat berapa.


Kredit foto: The Sun/Twitter

Sehingga kini, kes masih dalam siasatan polis. - CARI

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eric.n9 16-10-2019 05:46 PM
Stalker tahap level dewa dewa dah ni.
Kaw kaw dia teliti semua
Quote gummiebear 16-10-2019 05:48 PM
Creepynyaa.. anak mata weh bukan cermin rumah cemana kau tilik tuuu
Quote ainashiqa 16-10-2019 05:51 PM
Memang hebat lelaki ni.. Tp scary gila weh
Quote Kurex 16-10-2019 05:53 PM
Hidup lagi ke penyanyi tu
Quote Artemesiaa 16-10-2019 05:55 PM
Penjenayah dah makin advance
Quote awanysss 16-10-2019 05:58 PM
ni salah guna kebijakkan pulak..
semoga dapat jd CSI..
Quote ninja boy 16-10-2019 05:59 PM
Mata tak ori
Quote buapakperut 16-10-2019 06:00 PM
terrer siot tapi jadi perogol. ni csi tahap dewa dewi
Quote VioletsAre_Blue 16-10-2019 06:00 PM
Sehebat detective conan tapi jahat
Quote CiliPadiSedap 16-10-2019 06:03 PM
muka cm cina bukit ada hati nak rogol orang? cuba jadi cm kurex, humble je
Quote eLiaD 16-10-2019 06:08 PM
detective Conan versi perogol
Quote Bangbot 16-10-2019 06:08 PM
Seorang yang bijak. Tapi malangnya kebijakkan itu disalahguna. Inila yg selalu abg bot ingat kan pada adik2 abg... Jangan terlalu expose diri di socmed
Quote putericahaya999 16-10-2019 06:49 PM
Saiko gila
Quote Victorioussss 16-10-2019 06:52 PM
CiliPadiSedap: muka cm cina bukit ada hati nak rogol orang? cuba jadi cm kurex, humble je


Sbb ni perempuan la kaka

Kalau takeshi kanishiro maunya kurex rogol sampai xpayah teran tiap kali buang air besar
Quote Forfoxache 16-10-2019 07:08 PM
eLiaD replied at 16-10-2019 06:08 PM
detective Conan versi perogol

Defective Konek
Quote Boomibulat 16-10-2019 07:36 PM
Lain kali skodeng @Kurex je..dia rela
Quote dua_chzy 16-10-2019 07:40 PM
Tak kena rogol lah. Diraba seluruh badan instead.
Quote dua_chzy 16-10-2019 07:42 PM
Kenapa laporan dalam artikel ni lain? Bila akak google, artikel yang akak baca bilang penyanyi ni diserang di rumah sendiri. Ala2 sedang duduk2 bersenang lenang tiba2 attacker serang dari belakang then groped her all over her body after tekup muka sheol dengan towel. Sheol cedera teruk di muka, ambil masa seminggu untuk sembuh kata artikel online.
Quote lemak_masin 16-10-2019 07:51 PM
Jenuh aku tgk mata hitam dia. Tak nampak apa pun...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036721 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top