Nelydia dan Uqasha Senrose memang pasangan adik-beradik artis yang sentiasa mendapat perhatian. Kalau nak diikutkan, Nelydia jarang ada kontroversi atau isu panas berbanding Uqasha.
Lebih-lebih lagi lepas dah berkahwin, memang Nelydia tenang-tenang sahaja di samping suami tercinta, Hafez Halimi.
Kalau tengok, hubungan antara ahli keluarga mereka memang akrab. Satu video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, menunjukkan Uqasha dan Nelydia berkumpul di rumah.
Dapat dilihat Uqasha buat perangai 'gila-gila' sambil mencium adik-beradiknya. Tapi, apa yang tidak senang dilihat apabila dia pergi cium dan siap berlaga-laga pipi dengan Hafez. 'Acik bawang' kata, jangan melampau! Mula-mula cium pipi, nanti lama-lama rampas suami adik sendiri pula. Ada juga yang kata, Uqasha tidak menjaga batas pergaulan. Tidak perlu sampai nak cium-cium, jangan terikut-ikut budaya Barat sangat. Mungkin itu cara Uqasha nak tunjuk kasih sayang pada adik iparnya.
Bersangka baik sahajalah, walaupun ramai yang kata Nelydia jeling dalam video tersebut, tapi mungkin dia dah faham sangat dengan perangai Uqasha. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|