CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelik - Jambatan Ada, Tapi Sungai Tiada

18-10-2019 11:04 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6554| Komen: 18|Original author: Oleh: natrahn

Usaha membina jambatan dan jalan raya di sesuatu kawasan adalah bagi memudahkan perhubungan dan meningkatkan sosial ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan itu.

Lazimnya, jambatan akan dibina di kawasan yang mempunyai sungai. Tapi, lain pula kesnya di Keningau apabila sebuah jambatan gantung dibina di kawasan tidak mempunyai sungai di Kampung Kamansi, Bingkor.




Malah, ia dibina di luar pengetahuan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan, jambatan gantung itu sepatutnya dibina di Kampung Tongkungon yang merentasi Sungai Bayayo kerana terdapat keperluan lebih mendesak di situ.



"Jambatan baharu itu (jambatan di Bingkor) hanya berfungsi ketika banjir besar, namun penduduk mempunyai alternatif lain untuk tidak melalui laluan itu jika situasi banjir boleh membahayakan pengguna.

"Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah kewujudan jambatan itu tidak begitu mendesak berbanding pembinaan jambatan baharu menggantikan jambatan sedia ada yang telah usang di Kampung Tongkungon?" kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor, Peter Daigo memetik laporan BERNAMA.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick dilaporkan meluahkan rasa terkilan apabila menerima laporan bahawa terdapat sebuah jambatan gantung yang dibina di kawasan yang tidak mempunyai sungai di kawasan Bingkor.

Namun, Adun Bingkor, Robert Tawik menolak dakwaan itu.

"Sebenarnya jambatan gantung yang dibina merentasi sungai Bongkulat dan dakwaan Ewon tidak benar. Saya sendiri datang melawat tempat itu hari ini (Khamis)," katanya memetik laporan Sabahkini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi jambatan itu dibina mendapati sebuah sungai buatan dibuat di bawah jambatan gantung itu. 

Pelik. Siapa yang betul sebenarnya ya? - CARI
5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orgsepang 18-10-2019 11:37 AM
Patut masuk bod lawak ni. LOL
Quote natrahn 18-10-2019 11:48 AM
orgsepang replied at 18-10-2019 11:37 AM
Patut masuk bod lawak ni. LOL

Hihi...

Bak kata orang sabah

"Bikin ketawa pun ada. Tidak logik langsung
."

Quote Boomibulat 18-10-2019 12:00 PM
Kita bina jambatan dulu pastu br buat sungai..
Quote justchu 18-10-2019 12:07 PM
Tempat ni selalu banjir besar ke? Kukuh ke jambatan tu kalau naik ramai2?
Quote natrahn 18-10-2019 12:08 PM
justchu replied at 18-10-2019 12:07 PM
Tempat ni selalu banjir besar ke? Kukuh ke jambatan tu kalau naik ramai2?

Banjir kat tempat lain...bina jambatan kat tempat lain, yang takde sungai huhu
Quote chinatsu 18-10-2019 12:21 PM
yang adun bingkor tu dah kenapa?
Quote justchu 18-10-2019 12:30 PM
natrahn replied at 18-10-2019 12:08 PM
Banjir kat tempat lain...bina jambatan kat tempat lain, yang takde sungai huhu

Aduyai pengsan. Pulak tu jambatan tu mcm tak kukuh je...kot banjir pon situ mau berbuai2 jambatan tu
Quote matchstick 18-10-2019 01:24 PM
apa susah..nt minta budget drpd kerajaan utk bina sungai pulak.

selama ni bukan main susah kontraktor nak bina jambatan sbb sungai dh ada dulu mcm ni kan senang. xpayah buat piling dalam air, kena fikir safety pekerja lg
Quote kucingitam 18-10-2019 02:30 PM
ini la yg dulu samy vellu cakap, kita akan bina jambatan, kalau tak ada sungai, kita buat sungai.
Quote Eric.n9 18-10-2019 03:07 PM
Kita bina jambatan dulu,
Lepas tu kita buat sungai,
Nanti banjir takkan berlaku lagi, dekat kawasan asal...

Quote Artemesiaa 18-10-2019 03:18 PM
Mesti kes tak tengok map main bina je
Quote natrahn 18-10-2019 03:58 PM
kucingitam replied at 18-10-2019 02:30 PM
ini la yg dulu samy vellu cakap, kita akan bina jambatan, kalau tak ada sungai, kita buat sungai.

kan..ada pulak ikut nasihat samy vellu
Quote Pink_Purple 18-10-2019 04:14 PM
bingkor = bingai
Quote renko 18-10-2019 04:52 PM
patut tukar jadi bungkor
Quote Sang_Pencinta 18-10-2019 08:36 PM
Demi nak dapat projek, tak perlu jmbtn pun apply  jugak.

Sampai yg perlu pulak tak dpt sebab habis peruntukan
Quote Lagubestbest 18-10-2019 10:16 PM
maybe kalo hujan lebat sikit je akan ada lopak air kat situ sehari dua baru surut balik. Masalah gak tu.
Quote nanies 19-10-2019 08:55 AM
Adun yg meluluskan project ni, ingat kosong je ke? mesti ada 30%...
Quote samsengKGdusun 19-10-2019 10:08 PM
Adoiiilaaa... Ke ada sungai halimunan kat situ kan kan .. *Husnodzon*

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.183329 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top