CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buah Dada Membesar Selepas Makan Ubat, Lelaki Menang Saman RM33 Bilion

16-10-2019 11:29 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5216| Komen: 19|Original author: Tukang Tulis

Description: Johnson & Johnson akan membuat rayuan terhadap keputusan juri.
Ginekomastia menyebabkan buah dada lelaki menjadi lebih besar daripada saiz normal (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google

Seorang lelaki di Amerika Syarikat menerima durian runtuh sebanyak AS$8 bilion (RM33.55 bilion) setelah memenangi tuntutan saman yang difailkannya terhadap Johnson & Johnson ekoran buah dadanya membesar selepas memakan ubat keluaran syarikat tersebut.

Memetik laporan USA Today, juri di mahkamah Philadelphia membuat keputusan yang memihak kepada plaintif, Nicholas Murray, 26, pada 8 Oktober lalu.

Murray membuat tuntutan itu kerana mendakwa, Johnson & Johnson tidak memberi amaran bahawa pengambilan ubat antipsikotik jenama Risperdal boleh menyebabkan kanak-kanak lelaki mengalami ginekomastia atau pembesaran pada buah dada mereka.

Dia diberi preskripsi Risperdal sejak 2003 bagi merawat masalah berkaitan autisme dan pernah memenangi saman sebanyak AS$680,000 (RM2.85 juta) sebelum ini.


Peguam-peguam Murray, Tom Kline dan Jason Itkin dalam satu kenyataan berkata, Johnson & Johnson lebih mementingkan keuntungan berbanding pesakit dan mengaut keuntungan berbilion dolar dengan memasarkan ubat secara tidak sah kerana belum diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA).

"Juri ini, seperti juri-juri dalam litigasi yang lain, telah sekali lagi mengenakan tindakan punitif terhadap sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan berbanding keselamatan," kata mereka.

Risperdal digunakan untuk merawat skizofrenia, kecelaruan bipolar dan masalah berkaitan autisme dan pada masa ini, Johnson & Johnson sedang berdepan ribuan tuntutan undang-undang yang mendakwa ubat itu menyebabkan ginekomastia.

Risperdal didakwa menyebabkan gejala ginekomastian dalam kalangan kanak-kanak lelaki yang mengambilnya (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Sementara itu, Johnson & Johnson dalam satu kenyataan menjelaskan, juri tidak mengambil kira tentang risiko yang tertera pada label ubat berkenaan yang pada masa sama, memberi manfaat kepada pesakit mental.

"Kami akan bertindak segera untuk mengetepikan keputusan yang melampau dan tidak berasas ini," jelas syarikat itu.

Johnson & Johnson akan memfaikan rayuan terhadap kes saman yang dimenangi Murray (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Nampaknya Murray masih belum dapat menerima wang berbilion dolar yang dimenanginya sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap rayuan yang difailkan oleh Johnson & Johnson. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Ina8895


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 16-10-2019 11:33 AM
Bestnya dpt duit byk juta2. Boleh la travel worldwide
Quote Kurex 16-10-2019 11:34 AM
Suka bedak pink j n j ni.. Wangi sejuk je
Quote clarizsa 16-10-2019 11:36 AM
Wah easy money

Untunglaaa

Klu girl makan jadi camne plak
Quote Eric.n9 16-10-2019 11:49 AM
2nd time kot(Tak pasti), kes lebih kurang mcm ni melibatkan johnson & johnson ni.
Aritu ada satu nenek tu menang gak pasal dia pakai bedak johnson & johnson sejak kecik but ujung2 kena kanser.
Quote fliphair8 16-10-2019 11:52 AM
tak bungkus2 gak J&J ni...bape kali dah kena saman camni...
Quote Supersirap 16-10-2019 11:53 AM
Tahniah diucapkan
Quote Artemesiaa 16-10-2019 11:54 AM
Makin banyak isu J&J sejak dua menjak ni
Quote Boomibulat 16-10-2019 12:06 PM
Wow...jd billionaire terus.
Quote RatuDunia94 16-10-2019 12:11 PM
Banyaknya sampai 8 Billion.. dh menyamai KDNK sesebuah negara setahun.. ayoo
Quote aleesyasofia 16-10-2019 12:11 PM
wah.. untungnya..
Quote delsmomm 16-10-2019 01:10 PM
wowww... bestnya dpt durian runtuh gini..

boleh joli sampai ke cucu cicit..
Quote Ina8895 16-10-2019 01:28 PM
RatuDunia94: Banyaknya sampai 8 Billion.. dh menyamai KDNK sesebuah negara setahun.. ayoo


Loyar punya persen pun mesti kencang punya
Quote gummiebear 16-10-2019 01:57 PM
Perghh.. dalam akaun ada banyak kosong kosong kosong kosong kosong

Quote EmaAsmadi 16-10-2019 02:22 PM
Sebelum ni pun ada kes johnson ni berkaitan kanser kulit.
Quote palmolive 16-10-2019 02:24 PM
buah dada dapat..duit pun dapat
Quote CiliPadiSedap 17-10-2019 12:41 AM
Mulai kaka nak pakai produk ni dan pindah amerika untuk kes saman. Kaka gunakan produk ni atas sis vokuru
Quote Perawankota 17-10-2019 02:52 AM
Kaya segera lh nmpk gayanya
Quote Hizert 17-10-2019 09:19 AM
bahaya ahh J & J ni. memang tak la nak bagi anak aku pakai.
Quote TOPwind 17-10-2019 03:45 PM
pasti guna loyer keling

jika besar makanlah ubat mengecil pulak.

$8  billion tuntutan bodoh ke apa.?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.199195 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top