CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara, Lim Guan Eng Tegur Ayob

15-10-2019 10:19 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5997| Komen: 52|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Lim Guan Eng dikerumuni wartawan di lobi Parlimen

Kredit foto: Astro Awani

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta polis supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya pada 10 Oktober berhubung isu penahanan dua wakil rakyat dari parti itu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Memetik Astro Awani, Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan pernah memberi jaminan bahawa tiada lagi pemimpin politik DAP yang akan ditahan.

Guan Eng berkata, polis sepatutnya menumpukan kepada usaha melengkapkan siasatan ke atas dua wakil rakyat DAP yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).

"Saya harap bahawa Ayob juga baca kenyataan saya. Jangan putarbelitkan kenyataan seorang pemimpin negara. Dan di sini, saya nak tegaskan bahawa memang kita beri sokongan kepada pihak polis, dan kita harap polis boleh buat siasatan daripada buat komen-komen tidak relevan, khususnya kenyataan yang saya tidak buat.


"Kenyataan saya ialah wakil rakyat. Sekiranya masih ada wakil rakyat yang ditahan itu bermakna saya diberikan pandangan yang tidak betul. Tapi biarlah kita tumpukan kepada siasatan supaya dapat cepat diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.


Kenyataan media Lim Guan Eng pada 10 Oktober 2019
Kredit foto: Media sosial

Pada 13 Oktober, media melaporkan Ayob menyatakan beliau tidak pasti dari mana Guan Eng mendapat penerangan bahawa tiada lagi pemimpin politik akan ditahan berhubung dengan aktiviti LTTE di Malaysia.

Dalam operasi pada 10 Oktober lalu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP iaitu G. Saminathan (Gadek) dan P. Gunasekaran (Seremban Jaya) merupakan antara tujuh individu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan dengan LTTE.

Selain itu, dua lagi ahli DAP di Melaka iaitu seorang Ahli Majlis di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Melaka ditahan polis pada 12 Oktober kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang sama.


Reaksi netizen terhadap kenyataan terbaharu Lim Guan Eng
Kredit foto: Facebook

Sebaik-baiknya, semua pihak menunggu polis menyelesaikan siasatan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'separuh masak'. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 14-10-2019 06:53 PM
ek eleh ko sapo haha
Quote jalfa 14-10-2019 07:06 PM
Ketaq telo lah tu.
Quote sarah82 14-10-2019 07:07 PM
Org tua tu x heran dgn guan eng.. Tgk muka pun aku tau jenis manusia tak takut pada sesiapa bila berada dipihak yg benar.
Quote Rogue98 14-10-2019 07:10 PM
Apek ni better focus jer lah kat kementerian sendiri. Dah lah asik salah kira. Kalau kat Co biasa mmg dah kena buang awal2 sbb report byk salah kat bod...
Quote tikusmontok 14-10-2019 08:59 PM
Sitotok tak sedar diri
Quote Bedah.Cun 14-10-2019 10:02 PM
Pen tannn
Quote najib888 14-10-2019 10:28 PM
Bodo punya apek longsi , teloq kepek tadak isi..
Kes ni in progress.. hang nak justify apa? Dok diam2 la.. jaga kementerian hang sudah. Nak cakap ka apa, hang patut bela polis. Dah jadi government pun dok nak rebel lagi..
kalau la Malaysia ni ada The Purge, kapiaq DAP ni patut dituju dahulu dan dihapuskan.
Quote Kurex 14-10-2019 10:32 PM
Wahai si bodoh... Kau duduk diam dah la! Pundek la siapa yg undi pee esh dgn harapan nak berubah lebih baik tu.. Cilakaa!!!
Quote malaysiaku123 14-10-2019 10:35 PM
Datuk ayub ni org lama la bidg ni..
Aku dl pnh attend talk dia bg psl isis..mmg menakutkan ok..team dorg xpnh dok diam ya.kerja belakang tabir setiap masa.nk jg negara yg mcm org gila skrg.sekali apek ni bnyk cekadak plak..eh2...ko sapa nk masuk campur urusan polis? Ckp bn cmpur tgn urusan polis.pdhl ko lg menyibuk
Quote lemak_masin 14-10-2019 10:36 PM
Byk lemak la depa.. berani sound poliss..
Quote R2D2 14-10-2019 10:55 PM
bila Cina DAP tunjuk kuasa walaupun baru 18 bulan
ni la pembaharuan yg pengundi nak kan?
Quote gujiwa 14-10-2019 11:15 PM
Bukan lge mengong ni ke yang umum kata takde lagi dah org dap kena tangkap..
Time tu dah pelik awat bukan polis yang ckp.. ke dia ckp on behalf polis..
Vodo betul lge.. nampak sgt gila kuasa
Quote relaxjek 14-10-2019 11:18 PM
Bahana sokong ph aka dap..ni la akibatnya..
Quote ikankeringmurah 14-10-2019 11:28 PM
macai2 PH ingat polis Special Branch takut dgn Menteri DAP? kahkahkah kahkahkah Waklu..

oi budak2 PH, biar aku sekolahkan sikit, diorng polis Special Branch bukan bekerja dgn Menteri ok wahai macai2 PH sekalian.. diorng under "tangan-tangan ghaib" yg lg power dr Menteri kerajaan persekutuan
Quote anastasia7 15-10-2019 01:23 AM
ikankeringmurah replied at 14-10-2019 11:28 PM
macai2 PH ingat polis Special Branch takut dgn Menteri DAP? kahkahkah kahkahkah Waklu..

oi buda ...

Nama pun special.. Dah kenapa menteri berbunyi. Daesh isis kena tangkap takde plak menteri lain bising.
Quote AJMatt 15-10-2019 03:26 AM
malaysia baru..kerajaan hentam kerajaan..kahkahkah
Quote AJMatt 15-10-2019 03:27 AM
gujiwa replied at 14-10-2019 11:15 PM
Bukan lge mengong ni ke yang umum kata takde lagi dah org dap kena tangkap..
Time tu dah pelik awa ...

muhyidin menteri kdn tak keluar apa2 statement ke
Quote multinicky 15-10-2019 06:43 AM
malaysiaku123 replied at 14-10-2019 10:35 PM
Datuk ayub ni org lama la bidg ni..
Aku dl pnh attend talk dia bg psl isis..mmg menakutkan ok..team ...

oh..patutlah meosl ad bc komen dkt twitter katenye dato ni mmg konsisten banteras terrorist dr dulu. no kompromi katenye..
Quote creep_bite 15-10-2019 06:54 AM
PDRM teruskan dgn tindakan.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058567 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top