CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Insiden Belon Meletop - Sejarah Berulang Kembali

14-10-2019 03:25 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4086| Komen: 16|Original author: natrahn

 Kredit Foto - Earl Of Cruise


Pada 12 Oktober 2019, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian letupan belon meletup selepas selesai Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya. 

Seramai 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak melecur susulan kejadian itu.

Kejadian ini tidak dijangkakan kerana kepercayaan bahawa belon berisi gas Helium yang digunakan secara komersil itu selamat apatah lagi ia biasa digunakan sebagai permainan kanak-kanak.

Kredit foto - Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyerahkan siasatan berkenaan kepada polis.

Terdahulu, kejadian seumpamanya pernah berlaku pada 21 Oktober 2016, pada acara perasmian Walk For The Blind di Dataran Batu Buruk anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. 

Selepas acara berkenaan belon yang dipercayai diagihkan kepada kanak-kanak itu meletup menyebabkan  lebih kurang 30 orang tercedera (Berita Harian).

Kredit Foto - Berita Harian

Ini bukan satu kes terpencil kerana ia juga pernah berlaku lebih berpuluh tahun lalu. Pada 6 Mei 1937 kejadian Kapal Udara LZ-129 Hindenburg terbakar semasa mendarat di New Jersey, Amerika Syarikat. 


Seramai 35 orang yang berada dalam kapal udara tersebut meninggal dunia. Kes kebakaran itu sempat disiarkan secara langsung dalam rakaman hitam putih

Kebakaran itu berlaku disebabkan pelepasan cas elektrik (yang terkumpul semasa penerbangan) yang terkena hidrogen bocor.

Kejadian di Putrajaya ini mungkin berlaku sebab ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengisi gas Hidrogen ke dalam tong yang diletakkan di bawah nama Gas Helium kerana; 

1) ia lebih murah dari segi kos dan 
2) mereka berharap penganjur program tak dapat membezakannya. 

Ini hanyalah spekulasi berdasarkan teori saintifik.  Namun, satu perkara  yang pasti, di mana mereka yang tidak mengenali sejarah pasti akan mengulanginya.- CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 14-10-2019 04:00 PM
Mungkin juga history repeat itself tt
Quote Themilo 14-10-2019 04:26 PM
mungkin juga sebab ignorance.

kau hingat akak / abang n19 ramai-ramai kat MOE tu tau ke perbezaan helium dengan hidrogen? entah-entah memang tak pernah dengar kejadian camni atau sejarah zeppelin tu.
Quote Perawankota 14-10-2019 04:39 PM
Jgn ada yg saman pasal kes ni sudah
Quote KIM.K 14-10-2019 05:07 PM
Hidrogen lebih ringan dari helium. Kena api cepat terbakar. Helium gas adi takde reaction
Helium kalau hisap suara jadi chipmunk
Hidrogen hidu jadi racun, affinity gabung dgn darah. Kurang oksigen
Quote Artemesiaa 14-10-2019 06:00 PM
Dah banyak kali disarankan hanya gunakan gas Helium sahaja tapi ramai yang tak ambil peduli dan ketepikan faktor keselamatan
Quote Psfzi 14-10-2019 07:38 PM
Kesian. Semua ni salah org yg nk kaut untung.tak fikir keselamatan org ramai
Quote kivio 14-10-2019 08:10 PM
TT xpatut compare zeppelin dgn putrajaya
Zeppelin tu macam epic sgt
While putrajaya is on smaller scale.

Its not apple to apple
Quote moonbug 14-10-2019 09:54 PM
Bila duit lebih penting dari keselamatan & nyawa
Quote LadyCarefree 15-10-2019 09:15 AM
Repotz ni over giler sejenis alep syukriak ke nk compare kes zeppelin dgn kes putrajaya ni?  Compare la dgn kes belon kt terengganu tu. Bangang.
Quote natrahn 15-10-2019 09:39 AM
LadyCarefree replied at 15-10-2019 09:15 AM
Repotz ni over giler sejenis alep syukriak ke nk compare kes zeppelin dgn kes putrajaya ni?  Compare ...

Over kenapa pulak...kan masuk sekali kes Terengganu tu ..

Citer sekali pasal Zeppelin ni sebab nak citer kes hidrogen meletup tapi pada skala besar.

Hidrogen bahan mudah meletop. Guna skala kecil pun tetap mudah meletop n orang tak ambil iktibar pun.

Nak kira untung ja..

Over gila jugak ke



Quote LadyCarefree 15-10-2019 09:48 AM
natrahn replied at 15-10-2019 08:39 AM
Over kenapa pulak...kan masuk sekali kes Terengganu tu ..

Citer sekali pasal Zeppelin ni s ...

Hehehehehe xde salah pon over giler. Silakan.......
Quote natrahn 15-10-2019 10:01 AM
LadyCarefree replied at 15-10-2019 09:48 AM
Hehehehehe xde salah pon over giler. Silakan.......

hahahaha sekali sekala over...boleh belajar sejarah sekali
Quote Weller 15-10-2019 10:55 AM
zeppelin tu bukan hidrogen je faktor dia, kombinasi cat pun termasuk jugak


Quote Lagubestbest 15-10-2019 02:06 PM
gas hidrogen tu sama gas memasak ke ape?
Quote natrahn 15-10-2019 03:47 PM
Edited by natrahn at 15-10-2019 03:49 PM
Lagubestbest replied at 15-10-2019 02:06 PM
gas hidrogen tu sama gas memasak ke ape?

Gas hidrogen kalau buat masak innalillah awak... gas hidrogen mudah meletop...kalau ada kebocoran bahaya...
Gas memasak tu pun dah ibarat bom jangka.Gas memasak = LPG adalah singkatan untuk “Liquefied Petroleum Gas” yang dihasilkan dari gas hidrokarbon iaitu terdiri daripada gas Propana dan Butana yang merupakan bahan-bahan mudah terbakar.

Sifat asas gas LPG iaitu tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.

Oleh itu , sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.

Tips Keselamatan Gas


Quote LadyCarefree 16-10-2019 12:31 AM
natrahn replied at 15-10-2019 02:47 PM
Gas hidrogen kalau buat masak innalillah awak... gas hidrogen mudah meletop...kalau ada kebocoran  ...

Hehehehehehe

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040977 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top