Kredit Foto - Earl Of Cruise
Pada 12 Oktober 2019, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian letupan belon meletup selepas selesai Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya.
Seramai 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak melecur susulan kejadian itu.
Kejadian ini tidak dijangkakan kerana kepercayaan bahawa belon berisi gas Helium yang digunakan secara komersil itu selamat apatah lagi ia biasa digunakan sebagai permainan kanak-kanak.
Kredit foto - Berita Harian
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyerahkan siasatan berkenaan kepada polis.
Terdahulu, kejadian seumpamanya pernah berlaku pada 21 Oktober 2016, pada acara perasmian Walk For The Blind di Dataran Batu Buruk anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Selepas acara berkenaan belon yang dipercayai diagihkan kepada kanak-kanak itu meletup menyebabkan lebih kurang 30 orang tercedera (Berita Harian).
Kredit Foto - Berita Harian
Ini bukan satu kes terpencil kerana ia juga pernah berlaku lebih berpuluh tahun lalu. Pada 6 Mei 1937 kejadian Kapal Udara LZ-129 Hindenburg terbakar semasa mendarat di New Jersey, Amerika Syarikat.
Seramai 35 orang yang berada dalam kapal udara tersebut meninggal dunia. Kes kebakaran itu sempat disiarkan secara langsung dalam rakaman hitam putih.
Kebakaran itu berlaku disebabkan pelepasan cas elektrik (yang terkumpul semasa penerbangan) yang terkena hidrogen bocor.
Kejadian di Putrajaya ini mungkin berlaku sebab ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengisi gas Hidrogen ke dalam tong yang diletakkan di bawah nama Gas Helium kerana;
1) ia lebih murah dari segi kos dan
2) mereka berharap penganjur program tak dapat membezakannya.
Ini hanyalah spekulasi berdasarkan teori saintifik. Namun, satu perkara yang pasti, di mana mereka yang tidak mengenali sejarah pasti akan mengulanginya.- CARI |