Hairul Azreen memang terkenal dengan aksi-aksi lasak, tak kisahlah dalam filem atau di luar. Sampai ke anak-anak pun dia buat aksi macam-macam. Sebelum ini dengan Yusuf Iskandar, kali ini dengan Alisa Aisyah yang baru berusia empat bulan.
Video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini memaparkan aksi Alisa berdiri di atas tapak tangan Hairul. Ramai yang kagum dengan kebolehan Alisa berdiri tegak dan memuji-muji kekuatan kaki bayi tersebut. Bagaimanapun, ada satu komen daripada Dr Sheikh Muszaphar yang menarik perhatian ramai. Katanya, aksi tersebut adalah terlalu awal untuk kanak-kanak berusia seawal empat bulan. Otot dan tulang mereka belum kuat lagi. Paparan skrin komen tersebut telah dimuat naik oleh pengguna di Twitter. Bagaimanapun, bila menjengah di Instagram, komen yang dinyatakan tidak wujud. Mungkin telah dipadam oleh Hairul sendiri? Ada yang kata Hairul memang suka buat aksi begini untuk raih 'likes'. Apapun, mungkin Dr Sheikh Muszaphar berniat baik dalam memberikan peringatan dan nasihat. Hanis Zalikha bolehlah beri nasihat sikit pada suami yang mungkin kadang-kadang lupa atau lalai ya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|