Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, tragedi penutupan operasi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebahagiannya adalah berpunca daripada kezaliman kerajaan Pakatan Harapan (PH). Memetik rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook PresidenUmno AZH pada 9 Oktober, beliau memberitahu, UMNO tidak lagi dapat membantu Utusan Melayu dari segi kewangan setelah akaun parti itu dibekukan. "Ini kerana akaun UMNO sendiri yang dulunya sering sebahagiannya membantu kewangan Utusan tidak dapat dilakukan lagi kerana akaun parti dibekukan. "Oleh yang demikian ini adalah sebahagian daripada kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan sekarang akibat penutupan," jelasnya.
Dalam memo yang diedarkan kepada semua pekerja, Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan, operasi syarikat akhbar itu dihentikan mulai 9 Oktober 2019 dan tarikh akhir perkhidmatan mereka adalah pada 31 Oktober 2019. Langkah itu diambil selepas Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang pada 7 Oktober lalu kerana syarikat berkenaan didapati tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan. Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan melalui laman Facebook rasminya menyifatkan penutupan operasi Utusan Melayu sebagai satu peristiwa yang sangat mendukacitakan bangsa dan negara. Beliau percaya bahawa Utusan Melayu adalah institusi penting orang Melayu dan telah memberikan suara serta menjadi nadi kepada perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pemodenan Malaysia. "Kepada semua warga Utusan, terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan luar biasa anda kepada tanah air ini. Kalau segala jasa anda semua ingin di sebut dan ingin dikenang, ke mana akan kami cari kata-kata," katanya. Difahamkan, nasib dan hala tuju akhbar-akhbar yang diterbitkan Kumpulan Utusan akan diketahui selepas 31 Oktober ini. - CARI
|
Pixie902 replied at 10-10-2019 02:19 PM
So maknanya every time rugi umno inject duit la?
Utusan is a business, kalau dah revenue tak cukup ...
Dr M: New owners will rehire some of Utusan’s workers
user posted image
KUALA LUMPUR, Oct 10 — Employees retrenched after Utusan Melayu (Malaysia) Bhd ceased operations yesterday could rejoin the firm that purchased its printing permit, Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today.
“Utusan will be closed. A new company will take over Utusan. As far as the workers are concerned, some of them will be taken to work with the new company,” he said when met by reporters after the launch of International Green
Technology and Eco Products Exhibition and Conference (IGEM) 2019 at the Kuala Lumpur Convention Centre.
The Edge yesterday reported Utusan executive chairman Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir as saying that Utusan “will live on” and is expected to be relaunched “in the near future”, but under new owners Aurora Mulia that acquired its printing permits.
On Sunday, Utusan Malaysia announced a 70 per cent sale of its interest in subsidiary, Dilof Sdn Bhd to Aurora Mulia for an undisclosed sum. The sale was to ensure the continuity of the Malay daily and the 15-year-old Kosmo!, another
Malay daily under its stable.
budaktua replied at 10-10-2019 04:06 PM
ulasan kadir jasin....
https://www.msn.com/en-my/news/berita/kadir-pertahan-wahyu-lampau-putrajay ...
ADVERTISEMENT