CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4022|Reply: 33

Kezaliman PH Punca Utusan Tutup Operasi - Ahmad Zahid Hamidi

  [Copy link]
Post time 10-10-2019 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Muka depan Utusan Malaysia dan Kosmo! siaran 9 Oktober 2019 mungkin yang terakhir bagi edisi cetak kedua-dua akhbar itu. Kredit foto: Facebook


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, tragedi penutupan operasi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebahagiannya adalah berpunca daripada kezaliman kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Memetik rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook PresidenUmno AZH pada 9 Oktober, beliau memberitahu, UMNO tidak lagi dapat membantu Utusan Melayu dari segi kewangan setelah akaun parti itu dibekukan.


"Ini kerana akaun UMNO sendiri yang dulunya sering sebahagiannya membantu kewangan Utusan tidak dapat dilakukan lagi kerana akaun parti dibekukan.

"Oleh yang demikian ini adalah sebahagian daripada kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan sekarang akibat penutupan," jelasnya.


Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada pemberita. Kredit foto: UMNO Online


Dalam memo yang diedarkan kepada semua pekerja, Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan, operasi syarikat akhbar itu dihentikan mulai 9 Oktober 2019 dan tarikh akhir perkhidmatan mereka adalah pada 31 Oktober 2019.


Langkah itu diambil selepas Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang pada 7 Oktober lalu kerana syarikat berkenaan didapati tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.





Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan melalui laman Facebook rasminya menyifatkan penutupan operasi Utusan Melayu sebagai satu peristiwa yang sangat mendukacitakan bangsa dan negara.


Mohamad Hasan. Kredit foto: Facebook


Beliau percaya bahawa Utusan Melayu adalah institusi penting orang Melayu dan telah memberikan suara serta menjadi nadi kepada perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pemodenan Malaysia.

"Kepada semua warga Utusan, terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan luar biasa anda kepada tanah air ini. Kalau segala jasa anda semua ingin di sebut dan ingin dikenang, ke mana akan kami cari kata-kata," katanya.


Difahamkan, nasib dan hala tuju akhbar-akhbar yang diterbitkan Kumpulan Utusan akan diketahui selepas 31 Oktober ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik punya putar wak jahid. Nak lepas tengkuk sendiri nampak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalaulah ucapan terima kasih tu dapat meringankan beban mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:29 PM | Show all posts
ehhhh ini bukan media propa umngok ker? haruslah gomen now buat2 tak nampak....wak jahid punya banyak dah selam, takkan tak mampu nak bail out kut? tak luak duit pak jahid tau....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:38 PM | Show all posts
aku tak suka dia ni

orang tak undi BN pun salah satu sebab ko

sila berambus
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:39 PM | Show all posts
hahaha...kalau dulu umngok tak menunggang utusex msti masih teguh berdiri paper tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
What is more zalim is mofo having taken more than 100million in rasuah during his tenure as Deputy PM.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:47 PM | Show all posts
Pengajaran bermakna

Berundur sementara, susun semula untuk
bangkit lebih kuat

Akhbar bercirikan Melayu untuk suara
Tanah Melayu tiada yang lain melainkan Utusan Melayu,
Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 02:19 PM | Show all posts
So maknanya every time rugi umno inject duit la?
Utusan is a business, kalau dah revenue tak cukup nak cover costs, berapa lama nak bertahan sebelum tutup?  Tu dah 8 tahun rugi berterusan memangla eventually kena tutup jugak...
Ni nak salahkan PH pulak bekukan akaun tak dapat nak inject duit lagi dan lagi...kapal nak karam pun nak inject duit lagi?
Patutnya beliau salahkan ahli umno yang tak beli paper naikkan revenue atau salahkan management tak reti2 nak kurangkan kos operasi dsb...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:21 PM | Show all posts
Pixie902 replied at 10-10-2019 02:19 PM
So maknanya every time rugi umno inject duit la?
Utusan is a business, kalau dah revenue tak cukup  ...

You tak nak kaji pulak berapa MCA inject untuk star?

berapa DAP inject untuk malaysiakini, the edge, malay mail, RBA
dan sarawak report??
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Padahal salah sendiri.. pas umno jatuh pn si Utusan masih lagi bekap umno pastu kata PH wat tau plak??hahahaaa!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:29 PM | Show all posts
Biasa la

akhbar ni bukan semata2 perniagaan

ia lidah rasmi si pemunya

sekarang PHitnah yang berkuasa

utusan hanya perlu sabar dan tunggu je
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:43 PM | Show all posts
hahahahhahahahahahah.. bebal
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:56 PM | Show all posts
um ada lagi ke orang baca utusan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:03 PM | Show all posts
Dr M: New owners will rehire some of Utusan’s workers

user posted image

KUALA LUMPUR, Oct 10 — Employees retrenched after Utusan Melayu (Malaysia) Bhd ceased operations yesterday could rejoin the firm that purchased its printing permit, Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today.

“Utusan will be closed. A new company will take over Utusan. As far as the workers are concerned, some of them will be taken to work with the new company,” he said when met by reporters after the launch of International Green
Technology and Eco Products Exhibition and Conference (IGEM) 2019 at the Kuala Lumpur Convention Centre.

The Edge yesterday reported Utusan executive chairman Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir as saying that Utusan “will live on” and is expected to be relaunched “in the near future”, but under new owners Aurora Mulia that acquired its printing permits.

On Sunday, Utusan Malaysia announced a 70 per cent sale of its interest in subsidiary, Dilof Sdn Bhd to Aurora Mulia for an undisclosed sum. The sale was to ensure the continuity of the Malay daily and the 15-year-old Kosmo!, another
Malay daily under its stable.


Kan betul kata DS Zahid

semua ni mainan PHitnah nak ambik alih utusan sebagai
lidah rasmi mereka

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:33 PM | Show all posts
UMNO tu baik, yang tak baik tu orang2 macam dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 03:48 PM | Show all posts
utusan tutop died a slow death dek kerna umno dok tabur pitenah bodoh yg mudah kantoi di mahkamah.


umno buat taik utusan tanggung akibat. bodoh punya ponorogo.


jesus farking christ sTF up already la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:53 PM | Show all posts
komen tok mat ni lagi bernas dari si ponorogo ni..tapi kata2 ponorogo ni pun ade betul gak sbab paper lain sah2 la ade share ngan parti2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:07 PM | Show all posts
budaktua replied at 10-10-2019 04:06 PM
ulasan kadir jasin....

https://www.msn.com/en-my/news/berita/kadir-pertahan-wahyu-lampau-putrajay ...

balas khairy....

https://www.msn.com/en-my/news/b ... nxw?ocid=spartandhp


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.552645 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list