Ia hanya dapat dilakukan individu terbabit (penagih itu) jika dia memiliki semangat kuat dalam diri untuk berubah. Menurut Ameng atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 50, walaupun sudah bebas dadah, pandangan serong masyarakat masih lagi ada dan tak boleh dielakkan. Namun, kepercayaan pada bekas penagih itu boleh diterima sekiranya individu berkenaan sudah benar-benar menunjukkan perubahan menyeluruh pada diri dan kehidupannya. Hal ini diakui Ameng yang pernah melalui fasa sama suatu ketika dahulu. Kata bekas vokalis kumpulan Spring itu, dia bersyukur pengalaman menerima beberapa sebatan di penjara sebelum ini cukup membuatkannya insaf dan berusaha memperbaiki kehidupan baru ke arah lebih baik. "Parut rotan sebatan diterima ini masih meninggalkan kesan kekal pada badan saya yang akan dibawa hingga ke liang lahad" ujar Ameng memetik laporan dari Harian Metro. Persepsi skeptikal segelintir masyarakat memang sukar dielakkan kepada bekas penagih. Yang penting Ameng telah kembali ke pangkal jalan melalui kehidupan normal semula di samping keluarga tersayang. Selamat Maju Jaya Ameng! - CARI |
manehnya replied at 17-10-2019 10:30 AM
yea, kata kat sapa tuu.. huhu...
eh mana mamat, kata nk check in pengasih/ rehalibitation
hotmak replied at 17-10-2019 10:44 AM
aman damai je mamat tu berleisure kat singapore dgn fans , tgh kaya kan ramai lah yg sudi nak ka ...
manehnya replied at 17-10-2019 10:52 AM
berapa kali pnya minta maaf dah mamat ali ni..
tp ramai yg sgt kt dia, sbb dia sgt istimewa... ...
noorhairiahma replied at 17-10-2019 11:37 AM
so adakah bermakna, bila bekas penagih ni dah gemuk, maka kiranya dia dah clean?
selagi kurus, se ...
ADVERTISEMENT