CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Makanan Viral Ni Sedap Kat Tekak Orang Promote Ja, Tapi Bila Kita Rasa, Hampeh!"

9-10-2019 03:43 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17825| Komen: 80|Original author: Shimmer Shine




" Makanan viral kat Malaysia ni takleh percaya."

Sebut sahaja makanan viral, mesti ramai yang beratur panjang untuk menikmatinya. Maklumlah bila ianya sudah diperkatakan di media sosial, nak tak nak mesti ada rasa untuk turut sama mencubanya. 

Tapi, agak hampa apabila ada sesetengah tempat makanan viral itu tidak lah sehebat yang diceritakan. Ianya lebih kepada gimik pemasaran tetapi kualiti mengecewakan.

IG

Berbeza dengan review makanan di negara luar yang lebih dipercayai. Maksudnya jika sedap, pemberi komen akan mengatakannya benar-benar sedap dan begitulah sebaliknya.

Tetapi mengapa ianya berbeza dengan di Malaysia? Bila tengok gambar, semua nampak sedap tetapi hakikatnya? ML studio mengupas topik ini.


Menurut wakil ML Studio, ketika berada di luar negara, makanan yang di'review' di Malaysia memang sangat menggiurkan membuatkan dia terasa mahu mencubanya. 


Mengecewakan apabila dari beberapa tempat, hanya 1 tempat sahaja yang menepati viral tersebut.

IG

"Benda ni tak dialami bila di luar negara seperti Turki dan Ireland. Apa yang dikomen dan bintang yang diberi mereka sangat tepat. Tapi sangat berbeza di Malaysia bila kuasa viral tu hanya nampak sedap pada mereka yang mengulas saja."

IG

Apabila diteliti, fenomena makanan viral ini berlaku kerana trend hingga semua orang berlumba-lumba untuk mencubanya. 

"Bila kita buat review, biar betul-betul jujur, so peniaga boleh improve kualiti makanan, servis semua."

Ig


Antara faktor yang membuatkan kualiti menurun mungkin disebabkan orang ramai datang, jadi susah untuk mengekalkan rasa tersebut. Ianya lebih kepada strategi pemasaran sahaja.

Jadi, bagaimana? Anda ada pengalaman terkena isu makanan viral yang tak sedap ni? - CARI 
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote URUHA 9-10-2019 03:57 PM
Influencer ni kdg2 x semua leh percaya. Produk / makanan hauk pun tetap puji melambung sbb dapat payment.

Meols akan mintak pendapat kwn2 dulu b4 try makanan2 viral ni. Lebih telus gitchew At least x de la rugi kalau makanan tu below expectation
Quote fliphair8 9-10-2019 04:03 PM
hakak lebih tertarik dengan bideo ig tu....dek, siler jaga kesihatan yer...rupa macam muda lagi yer..jgn ingat nak sedap je ye makanan
Quote helicornia 9-10-2019 04:05 PM
dah tu dibayar, tak kan nak cakap tak sedap pulak
Quote riyadhK 9-10-2019 04:12 PM
Tok bida ke tu tgh melahap sosej JUMBO?
Quote Artemesiaa 9-10-2019 04:13 PM
Sebab tu tak pernah nak caya apa yang dipromosikan lebih cuba sendiri dan tentukan sendiri
Quote haryatie 9-10-2019 04:15 PM
x terpengaruh pun dgn viral2 ni
selalu nya pd org lain sedap, pd aku tidak pun
lg pun aku bukan jenis yg pemakan sgt
kebanykan org suka jalan2 smbil cri mkn
pantang dengar org kata sedap mesti nk mkn jugak
selebih nya boleh show off dlm socmed  
dpt mkn, makann viral


Quote crazybeach 9-10-2019 04:17 PM
rancangan tv food show cam jjcm tu pun hauk jah. semua kedai kau pegi tunjuk makanan itu ini semua kau cakap sedap. takkan nak cakap tak sedap kan depan camera dengan owner kedai makan sekali ada kat situ
Quote ajinomotonosuga 9-10-2019 04:18 PM
Tengok ko pun dah kenyang la gemok!!

Terus tak makan doh..thankyou hakak gumuk!
Quote IzzahF 9-10-2019 04:55 PM
haryatie replied at 9-10-2019 04:15 PM
x terpengaruh pun dgn viral2 ni
selalu nya pd org lain sedap, pd aku tidak pun
lg pun aku bukan je ...

Samala iolz bukan sejenis mudah terpengaruh ni, member2 iolz kalau bab melantak semua dia kata sedap tp bila kita rasa sendiri pelik la plak tak sedap. Kdg2 org yg semua kat tekak dia sedap ni dah biasa makan kat luar janji bukan dia yg masak.
Quote chinta89 9-10-2019 04:57 PM
btw mknn yg viral  ni, aku hanya akan cuba selepas viral tu masih berlanjutan, dan masih ramai customer yg repeat order.

sb tu maknanya mmg sedap.

tp ada sesetengah tmpt, tetap ramai org beli even x sedap di tekak aku.. sebab apa? sb itu je yg jual mknn mcm tu.

cth, nasi ayam gepok.

dh kedia tu je yg jual nasik tu, kedai lain org x kenal, takde sape viralkan etc.. so berderu2 la org serbu kedai tu utk jangka masa lama.

maka, pilihan di tgn kita. nasib la sedap ke tak sdap...

kalau sedap, untung la. kalau tak sedap, sori lain kali x pegi dah.
Quote cikatilia 9-10-2019 04:59 PM
benda viral tak sedap nanti lama2 ilang lah
and bosan pon ye

kalau betul2 sedap mesti sentiasa ada sampai bila2 sbb byk permintaan
Quote addved 9-10-2019 05:00 PM
Setuju sangat... Kerana dibayar sanggup buat review best2.
Quote mawar_mustika 9-10-2019 05:02 PM
btul2 xbleh percaya sgt
Quote cikja 9-10-2019 05:18 PM
Setuju..x semua boleh dipercayai..wlupun influencer yg promote... kena tgk review org yg dh try.. klu review kata ok.. mmg angkut ank branak la g mkn...
Quote Abot 9-10-2019 05:19 PM
haryatie: x terpengaruh pun dgn viral2 niselalu nya pd org lain sedap, pd aku tidak punlg pun aku bukan jenis yg pemakan sgtkebanykan org suka jalan2 smbil cri  ...

kite same.  x kuasa nk mkn bnde viral.  baik mkn jeruk pak ali
Quote matchstick 9-10-2019 05:22 PM
Nama pun paid review korang percaya sape suruh..owner business bayar so-called influencer utk intro supaya org tau kewujudan business dia. Kalau honest bgtau xsedap dan suruh improve sape je nk pegi makan kt situ... awal2 melingkup dh business tu sblm smpt improve
Quote siputsedut 9-10-2019 05:22 PM
sambal cili cheese sambal cili cheese sambal cili cheese..balik2 itu aje la makanan yg diviralkan...

kedai2 yang viral ni aku pernah try itik salai masthar tu je kot..tu pon sbb kwn aku komen kata mmg sedap cukup rasa tak kedekut bahan...so ok la puas hati mmg betul bak diriview kwn aku tu..setakat yang instafemes ni viralkan..mmg mls la nk try...
Quote EvieWanKenobi 9-10-2019 05:22 PM
betul.. semua overrated je..
rasa hauk.. harga Yahudi..
Quote mizruncing 9-10-2019 05:33 PM
crazybeach replied at 9-10-2019 04:17 PM
rancangan tv food show cam jjcm tu pun hauk jah. semua kedai kau pegi tunjuk makanan itu ini semua k ...

hahaha tau takpe. meols plg tak suka tgk jjcm. dh la tmpt mahal2. dia tak tau ke yg tgk kebykan rakyat marhaen. bila ade yg terliur gigih pergi last2 rasa hampeh. penipu btol

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top