" Makanan viral kat Malaysia ni takleh percaya."
Sebut sahaja makanan viral, mesti ramai yang beratur panjang untuk menikmatinya. Maklumlah bila ianya sudah diperkatakan di media sosial, nak tak nak mesti ada rasa untuk turut sama mencubanya.
Tapi, agak hampa apabila ada sesetengah tempat makanan viral itu tidak lah sehebat yang diceritakan. Ianya lebih kepada gimik pemasaran tetapi kualiti mengecewakan.
IG
Berbeza dengan review makanan di negara luar yang lebih dipercayai. Maksudnya jika sedap, pemberi komen akan mengatakannya benar-benar sedap dan begitulah sebaliknya.
Tetapi mengapa ianya berbeza dengan di Malaysia? Bila tengok gambar, semua nampak sedap tetapi hakikatnya? ML studio mengupas topik ini.
Menurut wakil ML Studio, ketika berada di luar negara, makanan yang di'review' di Malaysia memang sangat menggiurkan membuatkan dia terasa mahu mencubanya.
Mengecewakan apabila dari beberapa tempat, hanya 1 tempat sahaja yang menepati viral tersebut.
IG
"Benda ni tak dialami bila di luar negara seperti Turki dan Ireland. Apa yang dikomen dan bintang yang diberi mereka sangat tepat. Tapi sangat berbeza di Malaysia bila kuasa viral tu hanya nampak sedap pada mereka yang mengulas saja."
IG
Apabila diteliti, fenomena makanan viral ini berlaku kerana trend hingga semua orang berlumba-lumba untuk mencubanya.
"Bila kita buat review, biar betul-betul jujur, so peniaga boleh improve kualiti makanan, servis semua."
Ig
Antara faktor yang membuatkan kualiti menurun mungkin disebabkan orang ramai datang, jadi susah untuk mengekalkan rasa tersebut. Ianya lebih kepada strategi pemasaran sahaja.
Jadi, bagaimana? Anda ada pengalaman terkena isu makanan viral yang tak sedap ni? - CARI
|