Masa depan kira-kira 800 pekerja Utusan Melayu (M) Berhad semakin tidak menentu apabila sekali lagi timbul desas-desus bahawa syarikat penerbitan akhbar bahasa Melayu tertua di Malaysia itu tidak akan lagi beroperasi selepas 9 Oktober. Memetik laporan myMetro, langkah itu dikatakan ada kaitan dengan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir yang dijangka akan mengumumkan kebankrapan sukarela syarikat tersebut. Seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan Cawangan Utusan Melayu (NUJ-UM), Muhammad Basir Abu Bakar, semua pekerja telah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya pukul 1 tengah hari. Andaian operasi syarikat tidak akan diteruskan bertambah kuat apabila wartawan dan jurugambar tidak diberikan tugasan untuk 9 Oktober. "Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit. "Ini menjadi tanda tanya 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami," katanya. Sementara itu, memetik sumber dalaman di Kumpulan Utusan, langkah penutupan itu adalah untuk beberapa bulan berikutan pengambilalihan saham majoriti anak syarikatnya, Dilof Sdn. Bhd. oleh Aurora Mulia Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary baru-baru ini. Difahamkan, Kumpulan Utusan akan menjual semua asetnya bagi membayar hutang manakala semua pekerja diberhentikan dan hanya 120 orang sahaja akan diambil semula oleh Aurora Mulia untuk menjalankan operasi portal berita Utusan Online serta Kosmo! Online. Desas-desus tentang penutupan operasi Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad mula berlegar sejak Ogos lalu ekoran krisis kewangan syarikat yang semakin meruncing. Masalah yang gagal ditangani oleh pengurusan tertinggi Kumpulan Utusan itu bukan sahaja menyebabkan syarikat gagal menjelaskan hutang-piutangnya malah tidak dapat membayar gaji pekerja dan bayaran ansuran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada bekas pekerja selama berbulan-bulan. Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada pengurusan Kumpulan Utusan, Dilof atau Aurora Mulia tentang perkara ini. - CARI
|
Kumpulan Utusan akan menjual semua asetnya bagi membayar hutang manakala semua pekerja diberhentikan dan hanya 120 orang sahaja akan diambil semula oleh Aurora Mulia untuk menjalankan operasi portal berita Utusan Online serta Kosmo! Online.
leylapple replied at 9-10-2019 11:03 AM
yang nie takde org meroyan ker kenapa nak jual aset utk bayar hutang?
even 120 pekerja pun ag ...
Mfzg89 replied at 9-10-2019 11:27 AM
start motor buat delivery food.. modal minyak RM5 sehari pn da cukup. boleh la buat survive sementar ...
leylapple replied at 9-10-2019 03:03 AM
yang nie takde org meroyan ker kenapa nak jual aset utk bayar hutang?
even 120 pekerja pun ag ...
cikja replied at 9-10-2019 02:43 AM
Kesian plk dkt mak...lps ni dh x dpt baca kosmo...mak acik peminat tegar kosmo ngn mingguan malaysia ...
Foxey replied at 9-10-2019 02:51 AM
Pulak dah. Baru je beroperasi cam biasa and my dad pun selalu beli (kalau dia ada kat sini la, kat k ...
gigahertz replied at 9-10-2019 11:49 AM
Utusan satu satunya yang meniaga kat dunia esok dah nak mati malam ni naik harga
ADVERTISEMENT