Pada 7 September lepas, filem biopik berkenaan tokoh negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali telah diumumkan secara rasmi pada majlis prapelancaran filem tersebut di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur. Dikatakan filem tersebut bakal mulakan produksi bermula Mac tahun hadapan. Biopik berjudul 'Hasmah: Bila Deh Bertemu Det' ini menceritakan kisah percintaannya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad serta pengorbanan beliau, pahit atau manis sepanjang perkenalan mereka lebih dari enam dekad. Filem ini akan menyentuh kisahnya dari usia muda hinggalah di waktu ini. Menurut produser filem ini, Hafiz Dato' Roslan yang juga merupakan Pengarah Urusan bagi Tune Productions memberi penjelasan bahawa pihak mereka telah mendapat kebenaran serta restu dari Dr. Siti Hasmah sendiri untuk menghasilkan biopik ini.
Filem ini bakal dibintangi oleh Nad Zainal yang akan memainkan watak Dr. Siti Hasmah dan Hasnul Rahmat yang memegang watak Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ketika ditemubual oleh Berita Harian, Nad menyatakan keterujaan serta rasa gementarnya atas peluang yang diberikan untuk memikul watak tokoh yang disegani ramai ini. Pelakon berbakat itu turut menyatakan beliau telah mula mengikut kelas bermain biola dan menonton wawancara Dr. Siti Hasmah pada waktu senggang bagi mendapatkan penjiwaan watak sepenuhnya. Menurut Hafiz Dato' Roslan, filem ini dianggarkan memakan belanja antara RM6 hingga RM7 juta. Berkenaan skrip pula, Hafiz memberitahu bahawas mereka masih dalam proses untuk menyiapkannya dan dijangka siap pada hujung bulan ini. Mereka juga akan membuat semakan secara peribadi bersama Dr Siti Hasmah berkenaan cara percakapan beliau serta dialog-dialog yang digunakan dalam biopik tersebut. Pihak mereka juga masih mencari dan meneliti calon-calon yang sesuai untuk meneraju filem ini dengan baik dan teliti sebagai pengarah. Faozan Rizal, pengarah bagi filem pecah panggung Indonesia, Habibie & Ainun merupakan salah seorang calon yang kuat dan hangat diperkatakan sebagai orang yang paling sesuai untuk terajui biopik ini. Hafiz menyatakan sebab utama Faozan Rizal mendapat tempat dalam senarai pengarah piliihannya adalah kerana filem biopik Habibie & Ainun merupakan salah satu inspirasi utamanya untuk menghasilkan filem 'Hasmah'. “Untuk menampilkan kisah tokoh besar dalam filem seperti ni, bukan masanya untuk saya sekadar mencuba-cuba, sebaliknya saya mesti fikirkan suatu karya berkualiti. Justeru, saya harus ambil pengarah dan juga pelakon yang mempunyai kredibiliti, berpengalaman dan memiliki pencapaian memuaskan untuk menggalas tanggungjawab berkenaan,” memetik katanya dari sumber Malaysiakini. Beberapa nama-nama lain dalam senarai pendek pihak mereka untuk dijadikan pengarah filem ini termasuklah Erma Fatima, Osman Ali dan Khabir Bhatia. Bukan calang-calang orang ya dipilih untuk mengarahkan biopik megah ini. Jadi anda rasa siapa yang lebih sesuai untuk arahkan filem ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya! - CARI |
2
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
orglama replied at 9-10-2019 05:36 AM
please jgn erma fatima
Mnahwitty replied at 10-10-2019 11:42 AM
yerp lakonan reza rahadian tu mantap sgt...
mmg menjiwai karektor...
nampak sgt dia study btul2... ...
fushimi replied at 10-10-2019 11:45 AM
Iols tak sabar nak tengok H&A 3
ADVERTISEMENT