CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3367|Reply: 19

Mula Produksi Tahun Depan, Pengarah Habibie & Ainun Bakal Arah Filem 'Hasmah

  [Copy link]
Post time 9-10-2019 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Pada 7 September lepas, filem biopik berkenaan tokoh negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali telah diumumkan secara rasmi pada majlis prapelancaran filem tersebut di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur. Dikatakan filem tersebut bakal mulakan produksi bermula Mac tahun hadapan.

Kredit Foto: Utusan



Biopik berjudul 'Hasmah: Bila Deh Bertemu Det' ini menceritakan kisah percintaannya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad serta pengorbanan beliau, pahit atau manis sepanjang perkenalan mereka lebih dari enam dekad. Filem ini akan menyentuh kisahnya dari usia muda hinggalah di waktu ini.


Menurut produser filem ini, Hafiz Dato' Roslan yang juga merupakan Pengarah Urusan bagi Tune Productions memberi penjelasan bahawa pihak mereka telah mendapat kebenaran serta restu dari Dr. Siti Hasmah sendiri untuk menghasilkan biopik ini.



Kredit Foto: Star2


Filem ini bakal dibintangi oleh Nad Zainal yang akan memainkan watak Dr. Siti Hasmah dan Hasnul Rahmat yang memegang watak Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ketika ditemubual oleh Berita Harian, Nad menyatakan keterujaan serta rasa gementarnya atas peluang yang diberikan untuk memikul watak tokoh yang disegani ramai ini.


Pelakon berbakat itu turut menyatakan beliau telah mula mengikut kelas bermain biola dan menonton wawancara Dr. Siti Hasmah pada waktu senggang bagi mendapatkan penjiwaan watak sepenuhnya.


Menurut Hafiz Dato' Roslan, filem ini dianggarkan memakan belanja antara RM6 hingga RM7 juta. Berkenaan skrip pula, Hafiz memberitahu bahawas mereka masih dalam proses untuk menyiapkannya dan dijangka siap pada hujung bulan ini. Mereka juga akan membuat semakan secara peribadi bersama Dr Siti Hasmah berkenaan cara percakapan beliau serta dialog-dialog yang digunakan dalam biopik tersebut.



Foto Faozan Rizal. Kredit: Carian Google



Pihak mereka juga masih mencari dan meneliti calon-calon yang sesuai untuk meneraju filem ini dengan baik dan teliti sebagai pengarah. Faozan Rizal, pengarah bagi filem pecah panggung Indonesia, Habibie & Ainun merupakan salah seorang calon yang kuat dan hangat diperkatakan sebagai orang yang paling sesuai untuk terajui biopik ini.

Hafiz menyatakan sebab utama Faozan Rizal mendapat tempat dalam senarai pengarah piliihannya adalah kerana filem biopik Habibie & Ainun merupakan salah satu inspirasi utamanya untuk menghasilkan filem 'Hasmah'.




Kredit Foto: Malaysiakini



Untuk menampilkan kisah tokoh besar dalam filem seperti ni, bukan masanya untuk saya sekadar mencuba-cuba, sebaliknya saya mesti fikirkan suatu karya berkualiti. Justeru, saya harus ambil pengarah dan juga pelakon yang mempunyai kredibiliti, berpengalaman dan memiliki pencapaian memuaskan untuk menggalas tanggungjawab berkenaan,” memetik katanya dari sumber Malaysiakini.



Beberapa nama-nama lain dalam senarai pendek pihak mereka untuk dijadikan pengarah filem ini termasuklah Erma Fatima, Osman Ali dan Khabir Bhatia.


Bukan calang-calang orang ya dipilih untuk mengarahkan biopik megah ini. Jadi anda rasa siapa yang lebih sesuai untuk arahkan filem ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 01:36 PM | Show all posts
please jgn erma fatima
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm tak sepadan ja hero heroin
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
harap samalah level kualitinya nnt dgn habibi movie tu... pls senarai local pengarah tu... out.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Khabir batia please
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:51 PM | Show all posts
pengarah A&H pilihan plg tepat... tgk A&H pn dh ckp bgs filem nya..n no erma fatimah please!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nad x nampak katik sangat ke utk watak Tun Siti Hasmah??
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
A&H mmg best.. Erma & Osman Ali xyah la tuan produser oii.. x best movie dorg direct..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
orglama replied at 9-10-2019 05:36 AM
please jgn erma fatima

Tu laaaaaa

Aihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Khabir bhatia ok lah.. Jgn erma.. Eewww dari dulu semua drama dia x best.. Tak sedar diri lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:41 PM | Show all posts
ambik pengarah indonesian tu plsssss
H&A asyik bangetttt
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn dh ada ke thread ni before
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
emmm entahla,btw iols suka pilem habibie tu reza rahadian begitu menjiwai watak dengan slang bercakap semua dia ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kalau ambik pengarah indo tu boleh letooop kot filem
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:42 AM | Show all posts
yerp lakonan reza rahadian tu mantap sgt...
mmg menjiwai karektor...
nampak sgt dia study btul2....

H&A mmg best giler..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:45 AM | Show all posts
Mnahwitty replied at 10-10-2019 11:42 AM
yerp lakonan reza rahadian tu mantap sgt...
mmg menjiwai karektor...
nampak sgt dia study btul2... ...

Iols tak sabar nak tengok H&A 3


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakonnya yg dipilih...mmm.....klu nad zainal...x rasa nk pi tgk wayang...masa teater erra bwk watak tu ok...ni nad zainalll...lps ni klu film x laku jgn bising..pemilihan pelakon pun penting..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 03:31 PM | Show all posts
x sesuai la Nad Zainal jd Tun Siti Hasmah .   terus turn off nk tgk cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 03:53 PM | Show all posts
ingatkan dah lamtik pengarah dulu baru ambik pelakon.

bkn mcm tu ker selalu buat..

Nad dah lalu casting kan..so produksi mesti tau dia ok ka tak....tp x sure la klu pengarh nnt x ok lak dgn pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 04:35 PM | Show all posts
fushimi replied at 10-10-2019 11:45 AM
Iols tak sabar nak tengok H&A 3

confirm sedih gila H&A3 since pak habibie pn baru je meinggal. tak sempat dia nk tgk filem yg last ni..
tgk trailer pn dh sedih sgt2..iol pnya la semangat nk book tiket ke jakarta semata2 nk tgk filem ni kt bioskop...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.072133 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list