Seorang lelaki dari Semporna, Sabah mengahwini kedua-dua teman wanitanya sekaligus apabila tidak tahu nak memilih yang mana satu untuk dinikahi. Menurut Berita Harian dan China Press, lelaki itu yang berasal dari Kampung Bukas telah melangsungkan perkahwinannya secara serentak pada Jumaat lalu, 27 September. Memetik cerita daripada sepupu kepada pengantin bernama Jimmy Jim di Facebook, lelaki itu telah bertunang dengan salah seorang wanita itu yang berasal dari Kota Kinabalu. Bagaimanapun, ketika bekerja di sebuah pusat pelancongan, beliau jatuh cinta dengan teman wanita keduanya. Entah bagaimana ceritanya, lelaki itu dikatakan telah berterus terang kepada kedua-dua wanita tersebut kerana tidak tahu memilih suri hidupnya, tetapi tidak ada yang mengalah atau menarik diri. Lelaki itu kemudiannya mencadangkan untuk mengahwini kedua-dua teman wanitanya. Perkahwinan dilaporkan berlangsung dengan meriah dan menjadi tumpuan ramai kerana jarang berlaku. Beberapa gambar beredar di media social menunjukkan pengantin lelaki diapit kedua-dua isterinya dan mereka bertiga memakai pakaian traditional. Bagaimanapun, ramai netizen yang menyedari bahawa kedua-dua pengantin perempuan kelihatan tidak berapa gembira sepanjang majlis berlangsung. Poligami sememangnya sukar diterima oleh wanita, apa lagi buat mereka yang baru memulakan bahtera perkahwinan. Jadi, ramai mendoakan perkahwinan ini akan memberikan kebahagiaan kepada ketiga-tiga mereka.- CARI |
iznanaziz replied at 1-10-2019 12:17 PM
dia bertunang dengan yang mana satu? dgn anak tudung purple tu ke?
nampak sgt dia tak setia dan cur ...
mieymiey replied at 1-10-2019 12:32 PM
Masam muka akak sorang tu.
ADVERTISEMENT