View: 2324|Reply: 10
|
'Madu Segera' - Tak Tahu Nak Pilih, Lelaki Kahwin Dua Girlfriend Sekaligus
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dari Semporna, Sabah mengahwini kedua-dua teman wanitanya sekaligus apabila tidak tahu nak memilih yang mana satu untuk dinikahi.
Kredit foto: China Press
Menurut Berita Harian dan China Press, lelaki itu yang berasal dari Kampung Bukas telah melangsungkan perkahwinannya secara serentak pada Jumaat lalu, 27 September.
Memetik cerita daripada sepupu kepada pengantin bernama Jimmy Jim di Facebook, lelaki itu telah bertunang dengan salah seorang wanita itu yang berasal dari Kota Kinabalu. Bagaimanapun, ketika bekerja di sebuah pusat pelancongan, beliau jatuh cinta dengan teman wanita keduanya.
Kredit foto: China Press
Entah bagaimana ceritanya, lelaki itu dikatakan telah berterus terang kepada kedua-dua wanita tersebut kerana tidak tahu memilih suri hidupnya, tetapi tidak ada yang mengalah atau menarik diri. Lelaki itu kemudiannya mencadangkan untuk mengahwini kedua-dua teman wanitanya.
Perkahwinan dilaporkan berlangsung dengan meriah dan menjadi tumpuan ramai kerana jarang berlaku. Beberapa gambar beredar di media social menunjukkan pengantin lelaki diapit kedua-dua isterinya dan mereka bertiga memakai pakaian traditional.
Kredit foto: China Press
Bagaimanapun, ramai netizen yang menyedari bahawa kedua-dua pengantin perempuan kelihatan tidak berapa gembira sepanjang majlis berlangsung.
Poligami sememangnya sukar diterima oleh wanita, apa lagi buat mereka yang baru memulakan bahtera perkahwinan. Jadi, ramai mendoakan perkahwinan ini akan memberikan kebahagiaan kepada ketiga-tiga mereka.- CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untung ke atau cari penyakit?? |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm dah baca thread ni semalam...kenapa buka lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
yes..confrim duplicate news
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1175739 |
|
|
|
|
|
|
|
dia bertunang dengan yang mana satu? dgn anak tudung purple tu ke?
nampak sgt dia tak setia dan curang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin yang tu lah kot, muka matang sikit
Yg satu lagi tu macam masih belasan tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
Masam muka akak sorang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
alasan nak selamat : ikut sunnah... |
|
|
|
|
|
|
|
Sah2 curang. kalau aku bagi tinggal terus! |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin yg masam tu tunang terdahulu dia
|
|
|
|
|
|
|
|
yg muka masam tu, nape teruskan? kalo dia boleh curang ms tunang, ko ingat dia nk setia sampai tua? kalo nk buat keputusan nk pilih pun susah, sampai ke tua la memang tak boleh buat keputusan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|