CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syukur! Sejuk Perut Ibu Mengandung!

7-10-2013 09:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6943| Komen: 59

Anak biaya pakej swasta               

Kelana Jaya: “Terharu apabila kami melihat anak-anak menambah duit untuk saya dan isteri mengikuti pakej swasta kerana tidak mahu kami berjalan jauh ke masjid,” kata Che Yaacob Che Mat, 68, yang bakal menunaikan ibadah haji pada musim ini. Che Yaacob berkata anak-anak menghadiahkannya dan isteri, Azizah Majid, 68, pakej swasta untuk menjalankan Rukun Islam kelima itu.

“Semasa mendapat panggilan ke Tanah Suci, saya dan isteri memberitahu anak mengenai kebimbangan kami mengenai keadaan lutut yang sakit dan tidak boleh berjalan jauh.  “Kira-kira dua bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci, anak-anak memaklumkan bahawa kami akan mengikuti pakej swasta berikutan kemudahan penginapan yang disediakan berdekatan dengan Masjidil Haram,“ kata bapa kepada tujuh anak itu.

Che Yaacob yang bekerja kampung berkata, dia terharu melihat usaha dan pengorbanan anak-anak yang inginkan dia dan isteri selesa ketika mengerjakan ibadah haji. “Kami bukanlah keluarga yang mewah, namun doa kami supaya dipermudahkan perjalanan ketika di Tanah Suci dimakbulkan melalui anak-anak.



CHE Yaacob bersama isteri sebelum berangkat ke Makkah di Kompleks Tabung Haji.

“Sentiasalah berdoa dan bersabar supaya perjalanan dan urusan di Tanah Suci nanti dipermudahkan kerana Allah SWT sentiasa bersama hamba-Nya yang berdoa,” katanya yang berasal dari Bachok, Kelantan itu.

Menurut Che Yaacob, dia tidak bersetuju dengan anggapan segelintir masyarakat bahawa mereka yang mengikuti pakej swasta adalah untuk bermegah dan mewah. “Saya dan isteri tidak pernah bermimpi untuk mengikuti pakej swasta kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, namun rezeki Allah SWT ini tidak pernah kami duga,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 5-10-2013 06:53 AM
alhamdulillah... bagus anak2 dorang ni.. sepakat membawa berkat..
Quote mommymonster82 5-10-2013 07:02 AM
Alhamdulillah...
Quote yayah8989 5-10-2013 08:32 AM
Alhamdulillahhh...
Quote jengkoil 5-10-2013 08:41 AM
Kuasa doa!! Senjata ummah moslem yg slalu dilupakan..
Quote diss69 5-10-2013 08:54 AM
Alhamdulillah.....tumpang gembira!
Quote JodoKast 5-10-2013 09:02 AM
Nyampah dan naik meluat aku tengok komen segelintir forummers kat sini. Moslem la, ummah la, mempermainkan Islam la. Aku tak rasa mereka ni Islam, bergurau senda hal ehwal umat Islam.

Klu dapat kat aku memang aku lepuk seround dua.

Anyway syabas anak2 pocik mocik tu, elok yg lain2 pun jadikan contoh.
Quote sigila 5-10-2013 09:07 AM
Syukur... moga dpt haji mabrur insyallah
Quote jengkoil 5-10-2013 09:08 AM
Dah..dah..hang pi sambung cite lawak seram hang kat MPS nun.. Raul la, Fernando GAgo laa ...
Quote purpledesire 5-10-2013 09:23 AM
Alhamdullilah..tahniah sbb berjaya mendidik anak2 menjadi anak2 yg baik dan prihatin..
sbb bukan semua anak2 yg prihatin pada ibu bapa sendiri..

Quote jerukkedondong 5-10-2013 09:42 AM
anak adalah penawar..
boleh juga menjadi racun paling berbisa..
tahniah pd pakcik n makcik ni..
semoga beroleh haji yg mabrur
Quote mdmyana 5-10-2013 09:48 AM

Syukur..
Moga dapat haji yang mabrur, Pakcik and Makcik

dan semua muslimin muslimat yang berada di sana
Quote azlinahmad 5-10-2013 10:04 AM
saya yang mendengarnya pun rasa kagum dengan anak2 mereka....hadiah yang tak seberapa daripada anak2 mereka....terbaik
Quote mak_wa95 5-10-2013 10:08 AM
bila anak2 bersatu hati...pun atas didikan makpak juga
Quote TravelerPoyo 5-10-2013 10:23 AM
alhamdulillah... syukur sgt tgk anak2 dia sgt prihatin

semoga kita semua pun akan jadik mcm anak2 pakcik and makcik ni. tak lupa ibu bapa. amin...
Quote sitisitu25 5-10-2013 10:25 AM
semoga anak2 aku pon camni..teringin nk pi haji n umrah dgn anak2 1 fine day..amin
Quote masa_lalu 5-10-2013 11:03 AM
tgk la dulu dia bela anak macam mana
kalau kecik2 budak2 tu asik kena maki sepak terajang
mmg masuk rumah kebajikan kalau pun tak masuk metro
Quote nordiana87 5-10-2013 11:14 AM
aku pn nak sangat anta mak aku p haji dgn duit aku..tp aku xmampu lgi..
abg aku dah anta mak aku p umrah..duit die sorg je..dapat bonus,trus bayar pakej umrah utk mak aku n mak mertua die..
aku nmpak mak aku bgga giler...mebi sbb anak yg bagi kot..
dgn aku2 sekali nages..uwaaa...
arap2 sgt one day aku pn boleh buat mak aku epi...
Quote syafiq79 5-10-2013 11:18 AM
alhamulillah...rzki pcik n mcik...
Quote Artemesiaa 5-10-2013 11:36 AM
Syukur semoga semuanya dipermudahkan

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.100819 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top