CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Puas Bergaduh, Dua Lelaki Bergaduh Di Plaza Tol Kini Jadi Kawan

25-9-2019 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8532| Komen: 69

Jika sebelum ini mereka berdua tular di media sosial kerana bergaduh sehingga cedera di Plaza Tol Bukit Kiara, kini keduanya sudah membuka lembaran baru. 

Tidak lagi bermusuh, malah keduanya sudah menjadi akrab. 

Salah seorang individu itu, Mohamad Fazrien Mohd Ziear, 29 berkata mereka sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari emosi. 

Kredit foto: Fb

"Perasan marah, benci dan dengki itu selalu meracuni fitrah kami sebagai rakyat Malaysia yang mendukung keamanan sehinggakan kami ini "terlupa" pada kedaulatan undang-undang dan kehilangan seketika luhur peribadi kesopanan dan kesusilaan kami.

"Apakan daya kami ini sebagai manusia biasa memang sukar untuk lari dari melakukan kesilapan," kata Fazrien menerusi Facebook ketika berada di Penjara Kajang. 


Katanya lagi, tarikh 20 September menjadi detik penting kepada mereka yang memberi pengajaran berharga. 

"Kenangan 20 September 2019 menjadi memori dan kesedaran pada kami terutamanya aku. Allah temukan aku dengan saudara Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran pada aku," katanya lagi. 


Menurut Fazrien lagi, keadaan di dalam penjara membuatkan dirinya takut dan tidak selesa lalu mula 'berkawan' dengan Ng Whye Hoong, 38. 

"Selama kurang lebih 9 jam kami berpasangan di dalam tahanan sebaik saja dijatuhi hukuman..tunggang terbalik dalam lori berescort selama 35 minit bersesak dengan tahanan lain sampai aku muntah hijau.

"Kami tersenyum sesama sendiri... berbual sesama sendiri...kami sudah "puas" bergaduh sesama sendiri," tulis Fazrein. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 25-9-2019 11:39 AM
Quote tagas 25-9-2019 11:39 AM
pulak

baguih la tu

hrp jd kan pengajaran
Quote sukacactus 25-9-2019 11:41 AM
Adoi kelakar!
Tp bagusla boleh berbaik
Quote paz 25-9-2019 11:42 AM
Hehehehe baguslah hukuman yang beri positive impact pada keduanya.
Quote akakdendeng 25-9-2019 11:42 AM
elok lah tu. alhamdulillah
Quote batmana 25-9-2019 11:44 AM
bagusla cmtu

wat pe gaduh2, berkwn lagi bgus
Quote Asdan 25-9-2019 11:48 AM

tanya sikit, kenapa warna pakaian serupa ?
Quote mesmerize 25-9-2019 11:49 AM
hahaha mesti rasa bodo je pastu.. gaduh sebab benda2 kecik.
tu lah lain kali drive ikut pikiran yang rasional bukan emosi.
Quote cikatilia 25-9-2019 12:01 PM
mcm bff plak sedondon bajunya
Quote Mina2215 25-9-2019 12:09 PM
Elok la mcmtu ye. Semoga menjadi pengajaran bagi kita. Jangan bertindak dalam keadaan marah
Quote abgsallehsado 25-9-2019 12:17 PM
kurus sikit  cina tu
Quote matchstick 25-9-2019 12:25 PM
Asdan replied at 25-9-2019 11:48 AM
tanya sikit, kenapa warna pakaian serupa ?

tanya sikit..tanya sikit..aku hempuk jugak dia ni kang
Quote diss69 25-9-2019 12:28 PM
Alhamdulillah...disebalik musibah ada hikmahnya..
Quote RatuDunia94 25-9-2019 12:30 PM
See. Keganasan dan emosi x mampu selesaikan masalah.. apa2 semua kena berbalik pd akal fikiran..
Quote delsmomm 25-9-2019 12:30 PM
drama apa ni.. ??
Quote EvieWanKenobi 25-9-2019 12:30 PM
tapi kenapa macam hubby pegang
perut wifey?
Quote Suchi 25-9-2019 12:33 PM
Edited by Suchi at 25-9-2019 12:36 PM

La masing2 tak bayar denda tu yee ok laah duit selamat dan hikmah di sebalik kejadian dorang jd kawan plak.
Yela masing2 bukan penjenayah mesti rasa seram kan duk kat penjara, neraka dunia tu. satu malam pun dah cukup menginsafkan.
Bila dah sorang2 dan rasa takut kena balun ngn org jahat lain time nilah baru nk berbaik2.
Quote syadq 25-9-2019 12:46 PM
Tak berjaya ke kumpul derma.
Quote Artemesiaa 25-9-2019 12:49 PM
Baguslah dah berbaik2 penjara dah beri pengajaran yang berguna buat mereka

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.087514 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top