Peserta Gegar Vaganza 6, Naqiu Boboy antara yang menjadi perbualan di laman maya kerana penampilannya yang berbeza jika dibandingkan dengan dulu.
Maklumlah, dahulu zaman remaja dan kini penyanyi itu sudah pun mencecah usia 33 tahun. Namun begitu, ada pula kata-kata negatif yang menyamakan imej terbaharu Naqiu itu dengan pelakon Iqram Dinzly. Eh? Tak mahu menganggap ia sebagai peluntur semangat, penyanyi Boboy ini berkata dia tidak berasa terkilan pun dengan kata-kata itu. “Saya tidak terkilan dan terkesan dengan apa juga kata netizen tentang imej sekarang. Saya terima apa juga komen yang positif atau negatif kerana ia sudah menjadi lumrah.
”Sebenarnya saya masih mencari-cari imej yang bersesuaian untuk dipersembahkan pada konsert GV2019,” katanya kepada Astro Gempak. Katanya lagi, dia mahu menampilkan perbezaan agar sesuai dengan imej solonya di pentas Gegar Vaganza. “Bukannya saya nak mengikuti trend K-Pop tapi saya memberi sepenuh kepercayaan kepada penata gaya untuk mencari imej yang sesuai. “Ramai orang perlu faham saya berasal daripada boyband bernama Boboy tapi pada masa yang sama, saya beraksi solo di atas pentas GV2019.
|
Kurex replied at 14-10-2019 04:08 AM
Tak tengok semalam..
Themilo replied at 14-10-2019 12:29 PM
tak rugi pun, bukannya taste chuols.
ADVERTISEMENT