Seperti semua sedia maklum, fenomena jerebu sedang melanda negara kita dan dilaporkan semakin serius dengan beberapa lokasi mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat semakin meningkat. Ramai mengaitkan asap jerebu yang melanda negara hari ini berpunca dari kebakaran hutan lebih 1000 hektar di Kalimantan, Indonesia. Kerajaan Indonesia nampaknya dilihat kurang tegas menangani isu ini kerana peristiwa ini berulang tahun demi tahun tanpa tiada titik noktah malah keberatan untuk menerima bantuan daripada Malaysia.
Bumi sedang 'terbakar'. Bukan hanya di Indonesia sahaja berlaku kebakaran besar tetapi titik-titik panas ini terdapat di negara lain sehingga mengakibatkan ratusan hektar hutan musnah terbakar. Anda boleh lihat sendiri secara 'real time' kebakaran hutan di seluruh dunia melalui Global Forest Watch Fires. Suhu panas melampau mencetus kebakaran hutan di Sepanyol dan semakin merebak ke Madrid. Sepanyol berdepan masalah kebakaran hutan ketika suhu kekal meningkat akibat gelombang panas yang melanda Eropah. - Foto Reuters Tidak hanya di Sepanyol, kebakaran hutan di Greece mengakibatkan kemusnahan besar dari segi harta benda dan nyawa manusia. Sementara itu, kebakaran hutan di Turki memusnahkan lebih 500 hektar tanah di Izmir, memudaratkan hidupan liar dan memusnahkan tanaman dan pokok. Api dan asap menjulang tinggi ketika para pemadam kebakaran berusaha memadamkan api yang membakar hutan di wilayah Tasagil, Antalya, Turki. (FOTO: Fatih Hepokur/Anadolu Agency) Paling tidak boleh dilupakan ialah kebakaran hutan Amazon yang menjadi paru-paru dunia, terbakar lebih 900 hektar tanpa mampu dipadamkan. Semua kejadian-kejadian kebakaran besar ini berlaku sekitar Julai hingga September yang mengakibatkan dunia semakin panas. Bumi semakin musnah akibat tangan manusia sendiri. Aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain menyebabkan pemanasan global berlaku. Pemanasan global menyebabkan bumi mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal, mewujudkan titik-titik panas seterusnya mencetuskan kebakaran hutan dan akhirnya fenomena jerebu berlaku. Kredit Foto - Alhijrah News - IPU Putrajaya turut mencatat bacaan tidak sihat sehingga menyebabkan 25 buah sekolah diarah tutup Sifat segelintir manusia yang mudah terlupa dan leka akan tanggungjawabnya terhadap alam sekitar serta mementingkan keuntungan sendiri telah mengundang padah dan berbalik kepada manusia itu sendiri. - CARI |
minguk replied at 20-9-2019 05:07 PM
image betul ke? takutnya
hyie replied at 20-9-2019 06:10 PM
apa maksud kebakaran di Amazon TAK MAMPU dipadamkan ye?
ADVERTISEMENT