Bumi sedang 'terbakar'. Bukan hanya di Indonesia sahaja berlaku kebakaran besar tetapi titik-titik panas ini terdapat di negara lain sehingga mengakibatkan ratusan hektar hutan musnah terbakar.
Titik-titik panas seluruh dunia - Global Forest Watch Fires
Titik- titik panas di Indonesia dan Kuching, Sarawak, Malaysia - Global Forest Watch Fires
Suhu panas melampau mencetus kebakaran hutan di
Sepanyol dan semakin merebak ke Madrid.
Sepanyol berdepan masalah kebakaran hutan ketika suhu kekal meningkat akibat gelombang panas yang melanda Eropah. - Foto Reuters
Tidak hanya di Sepanyol, kebakaran hutan di
Greece mengakibatkan kemusnahan besar dari segi harta benda dan nyawa manusia.
Media tempatan Greece menggambarkan kebakaran hutan di Athens itu sebagai 'tragedi negara', - Astro Awani
Sementara itu, kebakaran hutan di
Turki memusnahkan lebih 500 hektar tanah di Izmir, memudaratkan hidupan liar dan memusnahkan tanaman dan pokok.
Api dan asap menjulang tinggi ketika para pemadam kebakaran berusaha memadamkan api yang membakar hutan di wilayah Tasagil, Antalya, Turki.
(FOTO: Fatih Hepokur/Anadolu Agency)
Paling tidak boleh dilupakan ialah kebakaran hutan
Amazon yang menjadi paru-paru dunia, terbakar lebih 900 hektar tanpa mampu dipadamkan.
Gambar udara dikeluarkan oleh Greenpeace menunjukkan kawasan kebakaran hutan hujan Amazon di perbandaran Altamira, Para Negeri, Brazil. - Foto AFP
Semua kejadian-kejadian kebakaran besar ini berlaku sekitar Julai hingga September yang mengakibatkan dunia semakin panas. Bumi semakin musnah akibat tangan manusia sendiri.
Aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain menyebabkan pemanasan global berlaku.
Pemanasan global menyebabkan bumi mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal, mewujudkan titik-titik panas seterusnya mencetuskan kebakaran hutan dan akhirnya fenomena jerebu berlaku.
Kredit Foto - Alhijrah News - IPU Putrajaya turut mencatat bacaan tidak sihat sehingga menyebabkan 25 buah sekolah diarah tutup
Sifat segelintir manusia yang mudah terlupa dan leka akan tanggungjawabnya terhadap alam sekitar serta mementingkan keuntungan sendiri telah mengundang padah dan berbalik kepada manusia itu sendiri. - CARI