Sarat mengandung lima bulan langsung tak menghalang Amyra Rosli untuk menjalani sesi penggambaran. Katanya, dia bersyukur kerana langsung tak mengalami sebarang alahan atau insiden yang tak diingini.
"Ketika tawaran ini datang saya belum hamil lagi, tapi disebabkan penggambaran ini dilanjutkan tarikhnya saya disahkan hamil, namun memilih untuk meneruskannya. "Bagi saya, selagi tak cuba kita tak rasa pengalaman pahit manis apabila menjalani penggambaran ketika hamil. Jika kehamilan pertama dulu saya berehat hampir setahun dan tidak menerima sebarang tawaran. "Namun, memandangkan tawaran ini saya sudah memberi kata putus dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi saya teruskan juga," katanya kepada Harian Metro.
Nasib baik suaminya sendiri, Amar Baharin menjadi pelakon utama. Jadi, habis penggambaran pukul 3 pagi pun tak ada masalah. Bukan itu sahaja, Amar siap sediakan pembantu peribadi untuk Amyra, okey. Sayang isteri, mestilah berikan yang terbaik! "Kehadiran Amar juga menyenangkan kerana kali ini dia mendapatkan saya seorang pembantu peribadi serta dia yang sentiasa berada di sisi. "Amar akan risau jika saya penat atau tidak sedap badan. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak tertekan," tambahnya. Bertuah dapat suami macam ni kan? Berdoalah dapat suami macam Amar Baharin juga. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|