CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Difitnah Anak Angkat Asal Kampung, Adinda Sultan Kelantan Buat Laporan Polis

18-9-2019 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14419| Komen: 66

Description: Berikutan fitnah dilemparkan terhadapnya di media sosial sejak beberapa hari lalu, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra bertindak membuat laporan polis.
Berikutan fitnah dilemparkan terhadapnya di media sosial sejak beberapa hari lalu, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra bertindak membuat laporan polis.


Menurut BERNAMA seperti dipetik Astro AWANI, adinda Sultan Kelantan itu difitnah kononnya bukan anak bonsu Sultan Ismail Petra bersama Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.


Tengku Ramizan (kiri) dan Majidah
Foto: AWANI

Difahamkan, kenyataan berbaur fitnah itu disebarkan di laman Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 0.2 oleh seorang pengguna yang turut menuduh pasangan diraja itu hanya memiliki tiga putera.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh sepupu Tengku Amalin iaitu Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz bersama peguamnya, Majidah Muhamad.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 11.58 pagi, semalam.

Majidah yang mewakili Tengku Amalin A'ishah berkata, laporan berkenaan dibuat supaya fitnah yang bertujuan memalukan Tengku Maharani Putri Kelantan itu dihentikan.

"Daripada laman grup IRDK Version 0.2 itu, ada dua individu membuat kenyataan iaitu pengguna Facebook bernama 'Shaiful Afzan' dan 'Mekllis Nor Liss'.

"Antara kenyataan yang dikeluarkan termasuklah mengatakan puteri bongsu itu hanyalah anak angkat dan berasal dari kampung.

"Kami berharap siasatan lanjut dilakukan terhadap dua individu berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas menimbulkan fitnah," katanya kepada pemberita. - CARI
11

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-9-2019 09:41 AM
Depa ni biar betul.. Muka photoshop muka Tengku Anis kot.. Aiyooo
Quote EJALTI 18-9-2019 09:45 AM
sarah82 replied at 18-9-2019 01:41 AM
Depa ni biar betul.. Muka photoshop muka Tengku Anis kot.. Aiyooo

Gambar dulu2....memang photoshop muka Tengku Anis.


Quote sarah82 18-9-2019 09:46 AM
EJALTI replied at 18-9-2019 09:45 AM
Gambar dulu2....memang photoshop muka Tengku Anis.

Tu la.. Skrg kan dia pakai tudung dan kurus... Lawak la yg buat fitnah tu.. Tengku Faris photoshop muka ayahanda depa
Quote manehnya 18-9-2019 09:55 AM
cari pasal betul yg buat pinah tuh

ku amalin sikit pnya comey baik camtu di pitnahnye

muka mmg ada iras ayahda n bondanya kot, apa yg puas hatinya... dan mmg sepesen muka kanda2 dia
Quote shernazz 18-9-2019 10:03 AM
Yang fitnah tu teringin nak cakar istana tapi x dapat ke sampai cenggitu skali fitnahnya?
Quote Madel 18-9-2019 10:14 AM
Yang ni mmg masak la nko budak.
Lain kali kalau nak fitnah org., tenguk la siapa org tu.
Tengku Amalin tu pernah jadi Majistret kot.
Dia tahu undang2
Jual buntut la nko dik nak bayar saman sat nnti.
Quote arm_band 18-9-2019 10:24 AM
si buta ke yang buat pitenah ni? buta peghooottt laaa kot kannn
Quote Pink_Purple 18-9-2019 10:27 AM
bodo piang..agak2 la nak buat fitnah pun
Quote sukacactus 18-9-2019 10:32 AM
Apo? Ini mmg terang2an memfitnah ni
Kalau aku kasi pengajaran skit....biar diaorg dok dlm kejap, baru ada akal!
Quote minguk 18-9-2019 10:37 AM
berani dia buat fitnah...
Quote lolita737 18-9-2019 10:43 AM
rakyat semakin berani..yg bercerita tu pun org2 melayu pulak tu..

hari tu yg buat RPA tutup twitter pun budak2 melayu jugak buat hal..

kurang rasa hormat dah rakyat sekarang.
Quote cupu 18-9-2019 10:47 AM
Yang menanya tu satu hal..yg menjawab tu plk kemain satu hal..tp klu xde yg tya,xde plk yg jwb..elok angkut dua2...rasain loh..
Quote newyork 18-9-2019 10:50 AM
Gilo.. isu sensitip oo flesh and blood ni..
Quote chinta89 18-9-2019 10:59 AM
so, here we go!

Mekliss x jumpa dh Fb dia, maybe deactive?

kat Fb bini Shaiful lak penuh komen2 satu pun x berbalas..
Quote chicozinn 18-9-2019 11:24 AM
Madel replied at 18-9-2019 10:14 AM
Yang ni mmg masak la nko budak.
Lain kali kalau nak fitnah org., tenguk la siapa org tu.
Tengku Am ...

bagus tengku amalin ni sama cm almarhum sultan perak tu penah jadi judge..

Quote laksmanabentan 18-9-2019 11:34 AM
chinta89 replied at 18-9-2019 10:59 AM
so, here we go!

Mekliss x jumpa dh Fb dia, maybe deactive?

hahahaha... larrikkkk....
Quote cupu 18-9-2019 11:37 AM
FB_IMG_1568777573078.jpg

FB_IMG_1568777566317.jpg
Quote haryatie 18-9-2019 11:45 AM
berani2 dia org buat cerita ttg kaum kerabat sultan
betul atau tidak lantak situ la
x psal2 mendpt
Quote minahmanja 18-9-2019 11:53 AM
mcm mana diorg ni boleh dpt idea nk ckp putri ni ank angkat..? agaknye terikut2 ngan citer sinetron skang ni kot.. putri yg di tukar tu.. heheh

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064530 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top