Pemain bola sepak antarabangsa, Antonio German terpaksa meninggalkan Liga Super Malaysia selepas sebulan menerima mesej bersifat perkauman daripada peminat. Dalam temu bual bersama BBC Sport seperti dipetik FMT, bekas penyerang Queens Park Rangers itu mendakwa turut dimalukan peminat ketika perlawanan.
Katanya, dia dihina 'terlalu gelap' untuk bermain dengan Selangor. Walaupun dihina sedemikian di media sosial oleh sebilangan kecil peminat, Antonio akui terkejut dengan tindakan mereka. Antonio yang juga bermain untuk kelab di Scotland, England dan India berkata, dia tidak pernah mengalami rasisme ketika bermain di negara lain. “Apabila kelab melihat saya meninggalkan (Selangor) mereka tidak tahu cerita sebenar. “Saya suka Malaysia, ia sebuah negara yang luar biasa. Kebanyakan peminat adalah hebat – ia menyedihkan bahawa tindakan ini menghalang karier saya," katanya.
Difahamkan, Antonio dihujani kata nista ketika perlawanan walaupun berjaya menjaringkan lapan gol dalam 10 perlawanan sebelum musim dan menjaringkan gol pertama liga. “Perlawanan ketiga musim ini, saya bermain dengan baik tetapi tidak menjaringkan gol dan kalah teruk selepas 80 minit. Selepas perlawanan saya diberitahu adalah lebih baik meninggalkan pasukan untuk perlindungan saya. “Saya terfikir, ‘kenapa saya dihukum kerana tingkah laku beberapa peminat?’ Tetapi, saya memutuskan untuk meninggalkan pasukan,” luahnya. Sementara itu, Selangor mengakui kenyataan berbaur rasisme ke atas Antonio, namun tidak mampu mengambil tindakan lanjut untuk menghukum peminat yang membuat komen rasis di laman sosial. Pemain kelahiran London dan memiliki kewarganegaraan Grenada itu menyertai pasukan Selangor pada 13 Januari. - CARI
|
cmf_almondpecan replied at 18-9-2019 12:40 PM
Baru baca di BBC sport. Suratkhabar lain di UK pun petik berita ni dari BBC. Kategori berita pelik. ...
ADVERTISEMENT