Dalam dunia hari ini, pengurusan kewangan bukan lagi satu pilihan.
Ia adalah satu pengetahuan wajib untuk dikuasai bagi memastikan
kelangsungan hidup yang sejahtera. Namun, ada sesetengah orang menganggap pengurusan
kewangan bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi jika tidak berminat
dalam hal kira-mengira.
Sebenarnya, ada satu kaedah yang boleh dijadikan panduan untuk membuat keputusan tentang perbelanjaan dari pendapatan kita.
Kaedah ini mombolehkan kategori perbelajaan dapat dapat dilihat dengan jelas. Secara tidak langsung ianya akan memudahkan kita menentukan samada kita mampu atau tidak berbelanja untuk sesuatu kategori perbelanjaan tertentu dengan tidak menjejaskan
kemampuan untuk berbelanja dalam kategori lain. Kaedah
pengurusan kewangan ini dikenali sebagai ' 6 Jars System' atau sistem 6 balang
yang diperkenalkan oleh T. Harv Eker alam kaedah ini, pendapatan yang kita terima
akan dibahagikan kepada enam kategori atau '6 Balang'. Jumlah peruntukkan dalam 6
balang ini adalah mengikut peratusan dari jumlah pendapatan yang diterima
seperti berikut: 1) Keperluan
(50-55%), 2) Kebebasan
Kewangan (10%), 3) Pendidikan
(10%), 4) Perbelanjaan
Masa Panjang (10%), 5) Hiburan
(10%), 6) Derma
(5-10%). Sebaik menerima gaji, cepat-cepat buat pindahan wang kepada enam akaun berbeza, setiap satu akaun akan mendapat peruntukkan berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan untuk setiap tabung bergantung pada pendapatan yang diterima. Gunakan wang yang telah diperuntukkan
dalam setiap akaun untuk tujuan yang telah ditetapkan sahaja. 1. Keperluan (50-55%) Wang dalam tabung pertama digunakan sepenuhnya untuk keperluan. Semua jenis keperluan asas seperti makanan, barangan dapur, tempat tinggal, pengangkutan (ansuran bulanan kereta atau tambang pengangkutan awam), duit minyak atau segala bil-bil utili. Ini termasuk kos untuk menyeleggara
keperluan seperti yang disenaraikan, contohnya tukar tayar, betulkan sinki,
pembersihan rumah dan yang berkaitan dengannya. 2. Kebebasan Kewangan (10%) Wang dalam tabung ini digunakkan untuk pelaburan yang menjaga nilai semasa wang di samping memberi keuntungan. Contohnya, seperti
pelaburan saham, simpanan amanah, pelaburan hartanah, perniagaan yang
memberikan pendapatan pasif dan sebagainya. 3. Pendidikan (10%) Seperti namanya, wang yang disimpan dalam tabung pendidikan ini digunakan untuk perkara berkaitan pendidikan dan pembangunan diri. Contohnya beli buku, langgan kursus dalan Udemy, kelas agama, bayar yuran
pengajian, menghadiri seminar, yuran dan perbelajaan sekolah, simpanan
pendidikan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan diri. 4. Perbelanjaan Masa Panjang (10%) Wang dalam tabung ini akan kita gunakan bagi tujuan sesusatu perbelanjaan besar yang dibuat sekali sekala. Mungkin berlaku sekali atau dua kali dalam setahun, di mana memerlukan kita mengumpul wang untuk tujuan tersebut. Contohnya, membeli sofa baru, bercuti di luar negara, simpan wang untuk pergi haji, nak bayar duit muka untuk beli kereta baru dan sebagainya. Jika ada hutang lama yang tertangguh, gunakan sebahagian wang dari tabung ini
untuk melangsaikan hutang tersebut perlahan-lahan. 5. Hiburan (10%) Wang dalam tabung in mesti digunakan sepenuhnya untuk tujuan hiburan diri atau keluarga tanpa rasa bersalah. Apapun, inilah wang yang mana anda sudah berkerja keras untuk mendapatkannya. Wang dalam tabung inilah yang digunakan untuk makan di restoran mewah, pergi ke taman tema, berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik atau bercuti pendek bersama keluarga. 6. Derma (5%) Bukan semua yang diterima adalah milik kita, sebahagiannya
adalah milik orang lain dan kita mungin tidak dapat mendapat manfaat dari apa
yang kita lakukan tanpa bantuan dari orang lain. Untuk itu bersyukurlah kerana Allah berjajnji untuk menambahkan apa yang dikurniakan. Wang dari tabung derma inilah digunakan untuk tujuan infaq ke badan-badan kebajikan yang dipilih, zakat harta, waqaf al-quran,
pembinaan masjid, surau, madrasah, sekolah tahfiz, kumpul wang untuk Qurban
pada Adil Adha, sumbangan tunai ke tabung-tabung sedekah dan orang-orang yang
memerlukan yang kita jumpa dan sebagainya. Kaedah ini mudah dan praktikal, tidak perlu pengiraan rumit dan tidak memerlukan anda untuk menjadi pakar kewangan. Sebenarnya, tiada cara yang betul atau salah dalam pengurusan wang. Apa yang penting adalah disiplin. Selamat berjaya! - CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarah82 replied at 18-9-2019 11:39 AM
Bajet aku lari sbb aku gila main kutu.. Sebulan rm1000 main kutu.. Huhuhu.. Tu belum kira gila beli ...
CiliPadiSedap replied at 18-9-2019 12:11 PM
makan ubat cacing nanti kutu hilang
sarah82 replied at 18-9-2019 12:13 PM
Hahahaa.. X leh la kaka.. Main kutu @ kut ala2 simpanan la gitu
ibu_haritz replied at 18-9-2019 12:27 PM
main kutu brp nama ni kaka?
boleh simpan ke klu mcm ni?
sarah82 replied at 18-9-2019 12:29 PM
Main kutu 10 hari 100 pakai 5 nama.. 4 nama dpt dekat2..hahaha yg dekat2 terus simpan dlm asb.
haryatie replied at 19-9-2019 08:06 AM
asb sekrang kan boleh transfer online jerk
time gaji tu trus je la transfer
ADVERTISEMENT