Menggunakan kaedah 'menangis' ketika ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), namun nampaknya cara itu tidak jalan.
Harian Metro melaporkan, wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) itu menangis sambil berjalan kira-kira 200 meter dengan mendukung anaknya yang berusia 2 tahun selepas ditahan di Jasin hari ini. Difahamkan, wanita 23 tahun itu ditahan dalam operasi di sebuah tapak pembinaan rumah di Jasin Bistari kira-kira jam 1 tengah hari. Dia kemudiannya diminta kembali ke rumah kongsi untuk mengambil pakaian sebelum ditahan pihak JIM.
“Hasil serbuan di kedua-dua lokasi, 92 pekerja asing warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan berusia antara dua hingga 46 tahun ditahan. “Turut ditahan adalah pengurus lantikan (sub manager) lelaki berusia 28 tahun atas kesalahan melindungi pekerja asing mengikut Seksyen 55(B)(1) Akta Imigresen 1959,” kata Penolong Pengarah Imigresen Kanan (Ketua Bahagian Penguatkuasaan) Nar Azaman Ibrahim. “Semua mereka dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo untuk siasatan dan tindakan lanjut. “Kita akan terus melaksanakan operasi seperti ini dari semasa ke semasa di bawah Program Pulang Ke Negara Asal (Back For Good) bagi memberi peluang kepada warga asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta lmigresen 1959/63 untuk pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya lagi. - CARI
|
ketambangkang replied at 18-9-2019 09:12 AM
yindon mmg drama..bibik aku kantoi curik cincin nangis meraung mcm ape..siap pukul2 kepala sendiri
EJALTI replied at 19-9-2019 01:48 AM
Indon sial bangsat keparat dan menipu bersenitron bagai berpisah teda...
ADVERTISEMENT