Alahai, rupanya penyanyi Haqiem Rusli sedang dilamun cinta. Eh, betul ke ni? Jika benar, pasti ramai peminat perempuan yang 'frust' kan. Tapi, nanti dulu, menurut penyanyi remaja ini, dia sememangnya 'ada' hubungan dengan seorang model kelahiran Australia. Wah! Namun, kata Haqiem, kenalannya yang dikenali sebagai R itu hanyalah teman rapat dan bukannya kekasih.
Katanya, dia mula mengenali R pada 2 tahun lalu ketika gadis itu mahu merakam gambar kenangan dengannya. “Kami sekali lagi bertemu apabila R dipilih sebagai model video muzik lagu Selamat Tinggal Sayang yang menjalani penggambaran di situ. R beragama Islam dan bapanya warga Australia, manakala ibunya pula dari Singapura. “Dia antara rakan wanita yang rapat dengan saya sehingga hari ini. Saya jarang berkawan dengan wanita, sebaliknya mempunyai lebih ramai rakan lelaki,” katanya kepada Berita Harian. Meskipun baru berusia 16 tahun, namun R bersikap matang lalu membuat Haqiem berasa selesa berkawan dengannya.
|
joy_ah replied at 17-9-2019 03:27 PM
gigih aku pegi youtube bukak lagu slamat tinggal pepet tu.
nyesal bukak .
sesukaje replied at 17-9-2019 03:47 PM
sama la, tak mampu nak abiskan huhu
btw yang mana yang R? yang tembam ke yang gigi besi?
sokmogitu: Dia ni mmg hadap sgt nak colab dgn legend2 kan? Hari tu dia shout dia nak buat lagu utk Zamani...mana ntah lagu tu? Lps tu up kat IG bg hint nak buat ...
joy_ah: gigih aku pegi youtube bukak lagu slamat tinggal pepet tu.nyesal bukak .
YomiuriLandMae: owh btw just nak tanya apa progression medical check up nak cure 'depression' heols dgn 'physiologist' aritu.. still buat follow up lg kah..
joy_ah replied at 17-9-2019 03:55 PM
yg tembam tu awek politeknik mana ntah heols amik buat model. carik la yg letops sikit.yang gigi b ...
joy_ah: gigih aku pegi youtube bukak lagu slamat tinggal pepet tu.nyesal bukak .
ADVERTISEMENT