Alahai, rupanya penyanyi Haqiem Rusli sedang dilamun cinta. Eh, betul ke ni?
Jika benar, pasti ramai peminat perempuan yang 'frust' kan. Tapi, nanti dulu, menurut penyanyi remaja ini, dia sememangnya 'ada' hubungan dengan seorang model kelahiran Australia. Wah!
Namun, kata Haqiem, kenalannya yang dikenali sebagai R itu hanyalah teman rapat dan bukannya kekasih.
Haqiem Rusli Bercinta Gadis Mat Saleh..
Katanya, dia mula mengenali R pada 2 tahun lalu ketika gadis itu mahu merakam gambar kenangan dengannya.
“Kami sekali lagi bertemu apabila R dipilih sebagai model video muzik lagu Selamat Tinggal Sayang yang menjalani penggambaran di situ. R beragama Islam dan bapanya warga Australia, manakala ibunya pula dari Singapura.
“Dia antara rakan wanita yang rapat dengan saya sehingga hari ini. Saya jarang berkawan dengan wanita, sebaliknya mempunyai lebih ramai rakan lelaki,” katanya kepada Berita Harian.
Meskipun baru berusia 16 tahun, namun R bersikap matang lalu membuat Haqiem berasa selesa berkawan dengannya.
“Biarpun timbul gosip kononnya R kekasih saya, kami hanya berkawan baik. Lagipun, dia masih bersekolah dan saya juga ada kehidupan peribadi yang perlu dihormati. Kalau memang kami ditakdirkan bertemu jodoh, ia tidak akan ke mana.
“Saya sukakan gadis ringkas, tidak keterlaluan dan manis dipandang mata. Saya lebih selesa memilih gadis biasa dan bukan selebriti,” ujarnya.
Oh begitu rupanya. Apa pun good luck kepada Haqiem untuk 3 kategori dalam ABPBH32! - CARI
|