Dua beradik anak polis
Ipoh: Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis. Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan. Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.
Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu. Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya. Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu. Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu. Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis. |
shonen posted on 4-10-2013 08:23 AM
Sikit lagi mesti ada yg bagi komen anak2 polis ramai tak menjadi sbb bapak makan rasuah...
shonen posted on 4-10-2013 08:23 AM
Sikit lagi mesti ada yg bagi komen anak2 polis ramai tak menjadi sbb bapak makan rasuah...
cammie1711 posted on 4-10-2013 08:50 AM
Kesian.. anak memang dh mati, yang menanggung malu bapaknye...
mcm mane nak mengadap ngan rakan sek ...
adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.
protonpersona posted on 4-10-2013 09:17 AM
hasil duit kopi banyak sangat kasi anak makan...ini la jadinya..
protonpersona posted on 4-10-2013 09:23 AM
aku ada simpan lagi video mengkantoikan polis minta duit kopi...nak post ke utube kesian sgt ...insa ...
protonpersona posted on 4-10-2013 09:23 AM
aku ada simpan lagi video mengkantoikan polis minta duit kopi...nak post ke utube kesian sgt ...insa ...
tapibukanaku posted on 4-10-2013 09:14 AM
boleh pulak balik raya jenguk keluarga
sebelum kejadian pun dua beradik ni da balik jenguk ayah d ...
shonen posted on 4-10-2013 08:21 AM
Mungkinkah senjata api polis yg hilang tu ada kena mengena dgn 2 ekor ni...ank polis jadi penjenayah ...
ADVERTISEMENT