CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7314|Reply: 97

[Tempatan] Edisi seorang polis terkejut anak-anaknya adalah penjenayah

[Copy link]
Post time 4-10-2013 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Dua beradik anak polis
Ipoh: Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.
Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan.

Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.

Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya.

Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu.

Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis.


Last edited by tapibukanaku on 4-10-2013 08:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkinkah senjata api polis yg hilang tu ada kena mengena dgn 2 ekor ni...ank polis jadi penjenayah..ada kemungkinan pistol bapak dikebas oleh anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit lagi mesti ada yg bagi komen anak2 polis ramai tak menjadi sbb bapak makan rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
shonen posted on 4-10-2013 08:23 AM
Sikit lagi mesti ada yg bagi komen anak2 polis ramai tak menjadi sbb bapak makan rasuah...

Macam tau aje sapa forumer tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 08:33 AM | Show all posts
hancur luluh hati bapaknye
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 08:35 AM | Show all posts
alahai... kesian nye.. moga bapak dorg bertabah menerima berita nie...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2013 08:50 AM | Show all posts
Kesian.. anak memang dh mati, yang menanggung malu bapaknye...
mcm mane nak mengadap ngan rakan sekerja
bertabah la pakcik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 08:51 AM | Show all posts
shonen posted on 4-10-2013 08:23 AM
Sikit lagi mesti ada yg bagi komen anak2 polis ramai tak menjadi sbb bapak makan rasuah...

anak2 polis tak brape nak menjadi...bapak makan rasuah...terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 09:14 AM | Show all posts
bapak sibuk songlap rakyat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 09:14 AM | Show all posts
cammie1711 posted on 4-10-2013 08:50 AM
Kesian.. anak memang dh mati, yang menanggung malu bapaknye...
mcm mane nak mengadap ngan rakan sek ...

boleh pulak balik raya jenguk keluarga
sebelum kejadian pun dua beradik ni da balik jenguk ayah dorang
tapi betul lah orang cakap, bila anak2 da besar, duduk jauh dari mak ayah, mak ayah pun susah nak kenal perangai anak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:17 AM | Show all posts
hasil duit kopi banyak sangat kasi anak makan...ini la jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:18 AM | Show all posts
bapak perlu muhasabah diri...dari mana rezeki dtg dan ke mana rezeki di berikan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:20 AM | Show all posts
adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.
adakah satu bapa berlainan mak? kurang kasih sayang kut sampai jadi mcm tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 09:20 AM | Show all posts
protonpersona posted on 4-10-2013 09:17 AM
hasil duit kopi banyak sangat kasi anak makan...ini la jadinya..

patut nya beli kopi banyak2, atau pun ajak anak minum kopi sesama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:21 AM | Show all posts
hah.?? biar btol..??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:23 AM | Show all posts
aku ada simpan lagi video mengkantoikan polis minta duit kopi...nak post ke utube kesian sgt ...insaf2 lah polis2..jgn ikut bos kamu yg slalu makan rasuah dan seleweng wang rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 09:25 AM | Show all posts
protonpersona posted on 4-10-2013 09:23 AM
aku ada simpan lagi video mengkantoikan polis minta duit kopi...nak post ke utube kesian sgt ...insa ...

nanti tak pasal2 glamer polis tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:27 AM | Show all posts
protonpersona posted on 4-10-2013 09:23 AM
aku ada simpan lagi video mengkantoikan polis minta duit kopi...nak post ke utube kesian sgt ...insa ...

post kan aje... pedulik kan...kalu tidak, akan lahir generasi sampah dari kerjaya2 tersebut...

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:29 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 4-10-2013 09:14 AM
boleh pulak balik raya jenguk keluarga
sebelum kejadian pun dua beradik ni da balik jenguk ayah d ...

Tak juga. Semuanya bergantung pd didikan emak bapa. Kami adik beradik semuda umur 18 thn dah keluar dari rmh & masing2 ada yg melanjutkan pelajaran ke KL, ke Rusia & ke United Kingdom. Abang aku dok Russia 4 thn, adik aku kat UK 6 thn & aku sendiri ke KL utk sambung belajar. Tp kami semua tak yg jd criminal atau ada mslh keruntuhan akhlak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:34 AM | Show all posts
shonen posted on 4-10-2013 08:21 AM
Mungkinkah senjata api polis yg hilang tu ada kena mengena dgn 2 ekor ni...ank polis jadi penjenayah ...

Ish.. tak mungkin lah... kan semua pistol yang hilang tu jatuh dalam air.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.146226 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list