Ingat lagi dengan Lufya Omar? Pelakon ini mendakwa dianiaya oleh suaminya sendiri, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29. Lufya,34 mendedahkan perkara berkenaan di Instagram miliknya dengan memuat naik paparan skrin yang menunjukkan akaunnya disekat oleh Hafiz.
"Follow.. Unfollow.. Blocked? Follow.. Unfollow.. Blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. "Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar. "Dah cukup lama aku dianiaya! Fitnah isteri kat keluarga macam-macam just to cover your BIG MISTAKES.
"Enough is enough. Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri. "Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaannya," tulisnya. Malah, ibu anak satu itu juga mendakwa suaminya mula memberikan masalah seawal dari tiga bulan selepas berkahwin. "Kesabaran aku diduga terlalu lama. Sejak tiga bulan kita berkahwin you dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. "Kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali, aku diam.. Aku diam.. Aku diam sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi. Luka kat badan tak sesakit luka kat dalam hati ni. Thank you so much," tambahnya. Tak pasti apa sebenarnya yang berlaku dan penganiayaan jenis apa. Semoga Lufya bertabah dan dapat menyelesaikan segalanya dengan baik. Takut pula sampai bercerai. Kesian dengan anak yang masih kecil. - CARI
|
Nham22 replied at 12-9-2019 09:42 PM
I speku 3 bulan kahwin lelaki die tak sentuh die kot... Hahaha.. Itu mmg satu penganiayaan yg amat m ...
missDollie replied at 12-9-2019 09:19 PM
Kalau 6x mesti pasai pompuan lain.. Gitew iols speku..
ADVERTISEMENT