Anda mesti dah lali dengan berita pergaduhan antara Datuk Seri Aliff Syukri dan Baby Shima. Punya teruk sehingga nak dibawa ke mahkamah! Terbaru, Dato' Aliff dikatakan membuat hal lagi apabila bergaduh besar dengan Baby Shima di majlis pelancaran lagu barunya bersama Lucinta Luna dan Upiak Isil di Jakarta.
Menurut Baby Shima, dia datang ke majlis tersebut atas jemputan usahawan itu sendiri, tapi malangnya dia tidak dibenarkan masuk. Bukan hanya Baby Shima yang mengamuk, Aliff juga turut mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'Bodoh!' dalam rakaman tular itu. Upiak turut meninggalkan komen dan memberitahu bahawa dia tidak menghadiri majlis pelancaran itu kerana lagu yang dibuat Aliff seolah-olah memerli fizikalnya dan dibuat hanya untuk meraih publisiti. Rata-rata netizen bengang dengan tindakan usahawan kosmetik itu yang dianggap kurang ajar dan murah hanya kerana ingin mendapatkan publisiti. |
haryatie replied at 13-9-2019 10:36 AM
teruk nya
da jemput org, pastu x kasi masuk
sja nak malukan org ke apa ni
ADVERTISEMENT