CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wadar Penjara Leka Masak Air Ketum Ditahan

12-9-2019 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2088| Komen: 8

Leka memasak air ketum di tepi rumah, seorang wadar penjara ditahan dalam serbuan Ops Tapis malam tadi.

Bernama melaporkan suspek berusia 36 tahun iu ditahan di rumahnya di Kuala Klawang lebih kurang jam 11.30 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu. 


Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Kamarul Rizal Jenal berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat orang awam mengenai kegiatan penagihan dadah di lokasi itu. 

gambar hiasan. Kredit foto: Berita Harian

“Ketika serbuan dilakukan lelaki itu sedang leka memasak air ketum dalam periuk yang boleh memuatkan anggaran 14 liter air  di tepi rumahnya.

“Dalam serbuan itu, turut ditemui daun ketum di dalam plastik dengan anggaran seberat satu kilogram,” katanya. 

Peralatan seperti periuk, tong gas petroleum cecair (LPG) dan dapur turut dirampas. 

“Soal siasat awal mendapati suspek memperoleh bekalan daun ketum itu daripada seorang lelaki di Kampung Triang, Jelebu, dengan harga RM50 sekilogram.

“Hasil siasatan suspek mengaku aktif melakukan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu, dan menjual dengan harga RM20 sebotol,” katanya lagi. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 12-9-2019 07:14 PM
Iols suka daun.ketum...bar
Hahaha
Sebab bila makan dgn tomyam..sedapnyewwww
Quote barfi 12-9-2019 07:17 PM
Wadar penjara tu warden penjara ke?
Quote Gomea 12-9-2019 07:27 PM
Kalau kat utara ni polis pun minum biak
Quote lazim 12-9-2019 07:38 PM
barfi replied at 12-9-2019 07:17 PM
Wadar penjara tu warden penjara ke?

Mmg panggilan wadar, org luar je panggil warden. Padahal sesama org pnjara xde pun panggil warden. Dr kecik aku pelik knp org pnggil warden sbb org pnjara sendiri pnggil pegawai penjara atau wadar utk pngkat bawahan.
Quote najib888 12-9-2019 07:53 PM
Mahal benor RM50 sekilo... kalau macam tu, boleh la aku buat duit. Sini baru RM15 skilo..
Quote saifulms 12-9-2019 08:01 PM
Baru je 3 bulan niaga air ketum, alahai tak sempat nak kaya.. {:childlike
Quote diggerr 13-9-2019 01:41 AM
{:thief{:thief
Quote seramado 13-9-2019 08:33 AM
Adoii selamba je

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053369 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top