Los Angeles: Justin Bieber tidak akan berdepan dakwaan jenayah selepas dia dituduh mengancam jirannya yang mengadu mengenai cara pemanduannya. Media semalam melaporkan, pendakwa daerah Los Angeles membuat keputusan itu selepas mendapati tiada bukti mencukupi untuk mendakwa bintang pop berkenaan. Seorang penghuni kejiranan elit di Calabasas mengadu kepada pihak berkuasa mendakwa Bieber mengancamnya selepas mereka bertengkar pada Mac lalu.
Pergaduhan itu berpunca daripada cara pemanduan Bieber yang tidak disenangi lelaki terbabit.
Pendakwa berkata, tindak balas Bieber kelihatan “tidak matang” tetapi tidak semestinya bersifat jenayah. “Aduan mengenai cara pemanduan Bieber di kawasan itu juga tidak disokong bukti mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan. - AP |
ADVERTISEMENT