CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ayuh! Halakan Kipas Ke Indonesia 16 September Ini 'Halau' Jerebu"- Pemuda Tular Bagi Idea Pelik

12-9-2019 11:12 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5541| Komen: 30|Original author: Shimmer Shine





Masalah jerebu yang berlaku saban tahun ini seakan tiada penyelesaiannya. Kedua-dua pemimpin negara Malaysia dan Indonesia seakan berpeluk tubuh tanpa menghiraukan konflik yang melanda rakyat jelata. Jadi, terpaksalah masing-masing mencari langkah sendiri untuk mengelakkan jerebu ini.

Menariknya, seorang pengguna Twitter, Farhan mencadangkan idea di luar kotak yang terasa bodoh mendengarnya buat pertama kali, namun ianya berjaya membawa mesej sarkastik kepada rakyat kedua-dua buah negara.

Dia menyarankan semua rakyat Malaysia membawa kipas ke luar rumah lalu memasangnya dengan menghalakan arah ke Indonesia. Jika majoriti melakukannya, maka ia mampu 'menghalau' jerebu itu kembali ke tempat asalnya. Lebih hebat, tarikh yang dicadangkan ialah pada Hari Malaysia, 16 September, isnin minggu hadapan.


Mungkin ia idea mengarut namun ternyata ia mendapat sambutan ramai warganet yang turut menyahut cabaran tersebut.

Kredit foto: Twitter
Terinspirasi dengan karya Datuk Lat, Farhan menjelaskan yang ideanya itu adalah simbol protes yang juga membuktikan rakyat marhein mampu bertindak menyelesaikan masalah.

Kredit foto: Twitter
Apa yang ironinya ialah kartunis Lat sendiri pernah melukis komik bagi menggambarkan situasi jerebu sebenarnya berlangsung sejak Perdana Menteri, Tun Mahathir menjadi PM yang keempat lagi, sekitar 1990an. Ideanya ialah memasang kipas besar pada Menara Kuala Lumpur bagi menangani masalah jerebu.

Kredit foto: Twitter
Cadangan luar biasa tersebut mendapat sambutan warganet yang dikomen juga secara sarkastik.

Jika ada yang masih ragu-ragu dengan idea tersebut, mungkin perlu bersetuju apabila ianya turut mendapat perhatian stesen televisyen NTV7 dalam slot berita utamanya.



Seronok melihat apabila masing-masing nampak bersungguh-sungguh untuk bertindak pada tarikh keramat tersebut. Jadi, apa kata anda? Mahu halakan jerebu kepada Indonesia 16 September ini? - CARI 
12

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • jjoeyzz

  • Elanarose

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hoztu 12-9-2019 11:22 AM
knp tak balas bakar hutan kat johor je biar indon rasai kene jerebu dari jiran pule
Quote ketambangkang 12-9-2019 11:28 AM
hoztu replied at 12-9-2019 11:22 AM
knp tak balas bakar hutan kat johor je biar indon rasai kene jerebu dari jiran pule

hoiii kg aku tu
Quote minguk 12-9-2019 11:43 AM
Kedua-dua pemimpin negara Malaysia dan Indonesia seakan berpeluk tubuh tanpa menghiraukan konflik yang melanda rakyat jelata


nyatanya kebodohan itu berjangkit.
Quote DARSITA 12-9-2019 11:47 AM


ler Indon pun apa kepayah nar nak settle benda ni?

Kan ke dkt Indon ada sorang budak boleh panggil hujan turun dan angin taupan beliong?

Ni ha budak ni .. click link youtube

https://www.youtube.com/watch?v=TC_QAHTqyeI
Quote Artemesiaa 12-9-2019 11:49 AM
Arah tiupan angin sedang bergerak dari sana ke sini pakai kipas macam tu mana nak jalan
Quote Melorqe 12-9-2019 11:50 AM
apasal menteri hijau sunyi sepi saja ?
sedara mara hang owned hutan yg kena bakat kat sana ka?
tiap tahun korang hantar jerebu
ingat kami suka ka?

mangkuk hayuun betul
Quote dekmieDandy 12-9-2019 11:51 AM
hehe dia tiru american tu time hurricane ape ntah

Quote kucingitam 12-9-2019 11:55 AM
suruh indon yg ramai2 kat msia ni tiup2 sekali..drg ramai kan..boleh tu halakan balik jerebu ke sana
Quote ninja boy 12-9-2019 12:20 PM
Tgk windly angin bukankah dari selatan
Quote GigaMom 12-9-2019 12:20 PM
Jangan lah ikut bod** hendon tu

Kipas lama boleh join x
Quote chinta89 12-9-2019 12:22 PM
sarkastik bener hahaha
Quote VirusDetected 12-9-2019 12:38 PM
idea bodoh bkn kaleng2 ni...

usb mini fan bley join x?

usb mini fan.jpg
Quote iwansa 12-9-2019 12:57 PM
aku pernah terfikir idea ni cuma tak terjemah dalm socmed sbb alhamdulilah aku berfikir semula yg ianya bodoh
Quote Simunggu 12-9-2019 01:00 PM
lepas tu indonesia pasang kipas halakan ke malaya pula....stupid...ini yg buat thanos nak petik jari ni...
Quote huehue 12-9-2019 01:25 PM
Iolls mudah terhibur dgn tweet ni semalam. Syukur ya ramai ramai yg reply tweet tu semua faham joke.
Quote cclina2 12-9-2019 01:44 PM
kalau boleh lama dah buat..
Quote Mierafaziera 12-9-2019 03:44 PM
ok onz!!!!
Quote star_anisse 12-9-2019 04:08 PM
makcik pun onz la.. nnti makcik cari kipas berdiri satu. sbb anak makcik dah la prem. bila jerebu ni makin menjadi2 semput dia.. last year sampai admit hospital. mmg tetibe rasa nak bom negara jiran..
Quote nusaraya 12-9-2019 04:19 PM
A very very genius idea....inilah bukti kehebatan pemikiran dan penalaran umah suchi mulia perkasa cerdik pandai Melayu yang tak tandingannya di seluruh dunia.  

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040999 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top