Masalah jerebu yang berlaku saban tahun ini seakan tiada penyelesaiannya. Kedua-dua pemimpin negara Malaysia dan Indonesia seakan berpeluk tubuh tanpa menghiraukan konflik yang melanda rakyat jelata. Jadi, terpaksalah masing-masing mencari langkah sendiri untuk mengelakkan jerebu ini.
Menariknya, seorang pengguna Twitter, Farhan mencadangkan idea di luar kotak yang terasa bodoh mendengarnya buat pertama kali, namun ianya berjaya membawa mesej sarkastik kepada rakyat kedua-dua buah negara.
Dia menyarankan semua rakyat Malaysia membawa kipas ke luar rumah lalu memasangnya dengan menghalakan arah ke Indonesia. Jika majoriti melakukannya, maka ia mampu 'menghalau' jerebu itu kembali ke tempat asalnya. Lebih hebat, tarikh yang dicadangkan ialah pada Hari Malaysia, 16 September, isnin minggu hadapan.
Mungkin ia idea mengarut namun ternyata ia mendapat sambutan ramai warganet yang turut menyahut cabaran tersebut.
Kredit foto: Twitter
Terinspirasi dengan karya Datuk Lat, Farhan menjelaskan yang ideanya itu adalah simbol protes yang juga membuktikan rakyat marhein mampu bertindak menyelesaikan masalah.
Kredit foto: Twitter
Apa yang ironinya ialah kartunis Lat sendiri pernah melukis komik bagi menggambarkan situasi jerebu sebenarnya berlangsung sejak Perdana Menteri, Tun Mahathir menjadi PM yang keempat lagi, sekitar 1990an. Ideanya ialah memasang kipas besar pada Menara Kuala Lumpur bagi menangani masalah jerebu.
Kredit foto: Twitter
Cadangan luar biasa tersebut mendapat sambutan warganet yang dikomen juga secara sarkastik.
Jika ada yang masih ragu-ragu dengan idea tersebut, mungkin perlu bersetuju apabila ianya turut mendapat perhatian stesen televisyen NTV7 dalam slot berita utamanya.
Seronok melihat apabila masing-masing nampak bersungguh-sungguh untuk bertindak pada tarikh keramat tersebut. Jadi, apa kata anda? Mahu halakan jerebu kepada Indonesia 16 September ini? - CARI
|