CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Mas Idayu Herdik Hos, Penyiasat Dan Peserta ICSYV Malaysia, Episod Paling Tak Best!"

10-9-2019 11:42 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 38205| Komen: 215|Original author: Shimmer Shine





Program hiburan I Can See Your Voice Malaysia memang dinanti-nantikan setiap malam minggu. Selain konsep rancangan muzik misteri yang menarik perhatian, hos, artis jemputan dan panel penyiasat yang meriah juga menjadi faktor pelaris rancangan ini.

Namun, pasti ada yang tidak disenangi oleh warganet apabila melihat artis senior yang dianggap kurang sopan ketika bersiaran. Jika musim pertama, penyanyi Ziana Zain dikecam kerana bersifat dingin, musim kedua ini pula artis dangdut, Mas Idayu pula dikecam kerana riak serta tidak mendengar kata orang.

Rata-rata komen di Youtube dan Instagram menyifatkan penyanyi yang berusia 50 tahun itu bukan sahaja tidak berlapik dalam memberikan komen, tetapi turut mengherdik panel penyiasat dan juga hos hingga membuatkan masing-masing berasa takut-takut melontarkan pendapat. Ia dapat dilihat dengan Jihan dan Shuk yang menyuarakannya dalam program tersebut.


Lebih parah apabila Mas Idayu yang juga membahasakan dirinya Mommy tidak mengakui kesalahannya menyingkirkan penyanyi sebenar dengan ayat "I dont care.".



Reaksinya yang tidak percaya dengan suara peserta yang boleh menyanyi, membuat mimik muka tidak suka serta memberi komen yang tidak membina semangat membuatkan ramai warganet merasakan ini antara episod yang tidak menarik ditonton.


Kredit foto:

Kredit foto: IG

Selain dilabelkan sombong, Ratu Dangdut ini juga dikritik tidak mempunyai suara sedap tetapi lebih seronok mengkritik suara orang. Malahan gelekannya turut dipertikaikan kerana bukan bergoyang kata mereka, tetapi lebih kepada nenek si bongkok tiga.

Antara peserta I Can See Your Voice Malaysia 2

Segala kritikan tersebut mungkin ada benarnya kerana program ini trending serta ditonton lapisan masyarakat. Jadi, mungkin penglibatan Mas Idayu tidak sesuai dengan sesetengah golongan.

Bagaimanapun, mengenali Mas Idayu yang terkenal dengan komen tajamnya memang boleh menyebabkan orang yang tidak biasa dengan dirinya mengkritiknya. Atau pun, ini antara strategi TV3 melariskan lagi program ini supaya lebih ramai memperkatakannya? - CARI 
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 10-9-2019 11:52 AM
dia ni setakat bwk lagu dangdut je
boleh la
suruh dia nyanyi lagu rentak lain
mau ke laut dalam jugak
Quote cupu 10-9-2019 11:54 AM
Kan...mmg xbest
Aku ingat best..sbb ada elly mazlien tu..last krik krik je..jihan pun mcm.xmasuk sgt ngan dia..poyo giler
Quote Kurex 10-9-2019 11:54 AM
Takkan la nak komen suci murni je walaupun suara hauk..
Quote tikusmontok 10-9-2019 11:58 AM
Rcgn hiburan santai2 yg kau menyinga mcm org gila kena baling batu tu dah kenapa?
Quote SherryZass 10-9-2019 12:01 PM
Show nak santai2 jah bukan ujibakat mentor ke, af ke nak serius. Ayooyoo
Quote fliphair8 10-9-2019 12:04 PM
Bodonya minah dangdunt, pangai pprt sangat. Dia tak tahu ke ini light2 show jek, selama aku layan program ni sume lawak2 jek and best, sampai kat mommy penjaga pintu dangdut ni terus jadik tak best. Kesian penyiasat try hard nak bagi calm situation. Banned jek makcik ni kat tibi...koser nak layan pangai mendiva kampung ni.
Quote sleepandream 10-9-2019 12:05 PM
mata pencarian sheols tu jah.... jadi pengkritik...
sendiri menyanyi haussss di aidilfitri
iols paling tak suka orang tengking2 terpekik2 ala2 drama indon...
Quote aemon 10-9-2019 12:06 PM
poyo nak mampos.laki aku siap doa lagi harap2 dia dapat duet dengan penyamar.
Quote beta_carotene 10-9-2019 12:09 PM
Riak gila mummy.. Hahaha
Xnk dgr cakap panel pastu meroyan tak tentu hala
Dgn contestant pun dia x respek
Nasib baik dpt yg penyanyi... Meols bersorak kalau sheols dpt budak sabah barista tu
Quote t_hahahaha 10-9-2019 12:11 PM
rasenya juri dan host tahan marah dalam hati jek...
Quote cikatilia 10-9-2019 12:15 PM
tolonglah
mami mami

ko mak hayam pelacur ke apa
Quote misc 10-9-2019 12:22 PM
Makcik ni perasan bagus. Aku mmg tukar channel terus kalau program ada dia. Kita tgk tv nak release stress bukan tambah stress.
Quote annabellaruz2 10-9-2019 12:22 PM
puikhhh.....rengsa jer aku tgk episod kali ni...
hangin plak aku tengok mami nih.
Quote misc 10-9-2019 12:24 PM
sleepandream replied at 10-9-2019 12:05 PM
mata pencarian sheols tu jah.... jadi pengkritik...
sendiri menyanyi haussss di aidilfitri
iols pa ...

betul tu. elok stop aje panggil dia sbg pengkritik. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah.
Quote Cyempaka 10-9-2019 12:25 PM
poyo serius xtentu pasal. syuk buat lawak pun kena hentam - mami tak la bodo sangat blebleble. orang tu buat lawak je kot.
pastu tetiba p bergelek tetonggek tonggek macam apa lagi. buruk betol org tua buat gitu. elly mazlin yg gedik2 tu pun malu nak buat.
masa dia gelek tonggek2 tu muka juri dgn penonton mcm - "apa kau buat ni pompuan?"
Quote idakamaruddin 10-9-2019 12:26 PM
lagenda klasik yg pakai baju biru tu kaka kawan iols.. patut la tgk mcm kenal sekali kuar nama btl sheols
Quote missDollie 10-9-2019 12:27 PM
Ee.. Memang boring episod ni.. Tau nak marah jer.. Bes lagi Ella.. Walopun Ella tua dari mami ni..
Quote Cekgushilla 10-9-2019 12:28 PM
Cyempaka replied at 10-9-2019 12:25 PM
poyo serius xtentu pasal. syuk buat lawak pun kena hentam - mami tak la bodo sangat blebleble. orang ...

Kannnn
Ttba nmpk elly mcm waras pulak time tu
Slau dia kan ting tong
Comey pulak nmpk si elly tu mcm yakin tak yakin nk flirt dgn aman ra
Quote umbut 10-9-2019 12:31 PM
Mentang juri indon terus perasan baguss...

Lihat semua komen(215)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.092648 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top