Program hiburan I Can See Your Voice Malaysia memang dinanti-nantikan setiap malam minggu. Selain konsep rancangan muzik misteri yang menarik perhatian, hos, artis jemputan dan panel penyiasat yang meriah juga menjadi faktor pelaris rancangan ini.
Namun, pasti ada yang tidak disenangi oleh warganet apabila melihat artis senior yang dianggap kurang sopan ketika bersiaran. Jika musim pertama, penyanyi Ziana Zain dikecam kerana bersifat dingin, musim kedua ini pula artis dangdut, Mas Idayu pula dikecam kerana riak serta tidak mendengar kata orang.
Rata-rata komen di Youtube dan Instagram menyifatkan penyanyi yang berusia 50 tahun itu bukan sahaja tidak berlapik dalam memberikan komen, tetapi turut mengherdik panel penyiasat dan juga hos hingga membuatkan masing-masing berasa takut-takut melontarkan pendapat. Ia dapat dilihat dengan Jihan dan Shuk yang menyuarakannya dalam program tersebut.
Lebih parah apabila Mas Idayu yang juga membahasakan dirinya Mommy tidak mengakui kesalahannya menyingkirkan penyanyi sebenar dengan ayat "I dont care.".
Reaksinya yang tidak percaya dengan suara peserta yang boleh menyanyi, membuat mimik muka tidak suka serta memberi komen yang tidak membina semangat membuatkan ramai warganet merasakan ini antara episod yang tidak menarik ditonton.
Kredit foto:
Kredit foto: IG
Selain dilabelkan sombong, Ratu Dangdut ini juga dikritik tidak mempunyai suara sedap tetapi lebih seronok mengkritik suara orang. Malahan gelekannya turut dipertikaikan kerana bukan bergoyang kata mereka, tetapi lebih kepada nenek si bongkok tiga.
Antara peserta I Can See Your Voice Malaysia 2
Segala kritikan tersebut mungkin ada benarnya kerana program ini trending serta ditonton lapisan masyarakat. Jadi, mungkin penglibatan Mas Idayu tidak sesuai dengan sesetengah golongan.
Bagaimanapun, mengenali Mas Idayu yang terkenal dengan komen tajamnya memang boleh menyebabkan orang yang tidak biasa dengan dirinya mengkritiknya. Atau pun, ini antara strategi TV3 melariskan lagi program ini supaya lebih ramai memperkatakannya? - CARI
|