CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yahoo 'Down' Lebih 7 Jam, Apa Puncanya?

12-9-2019 04:52 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2880| Komen: 23|Original author: Tukang Tulis

Punca sebenar isu teknikal yang menjejaskan perkhidmatan Yahoo belum diketahui. Kredit foto: Daily Star

Berjuta-juta pengguna Yahoo di seluruh dunia terjejas apabila perkhidmatannya terjejas selama lebih tujuh jam pada 5 September lalu.

Masalah tersebut menyebabkan para pengguna tidak dapat menggunakan e-mel dan enjin carian Yahoo mulai pukul 2 petang hingga 9.30 malam (waktu Malaysia).

Memetik laporan CNN Business, tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh Yahoo berhubung isu berkenaan.

"Kebanyakan perkhidmatan kembali dalam talian. Ini adalah isu teknikal yang melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan kami," jelas Yahoo Customer Care dalam Twitter rasminya.

Merujuk kepada laman sesawang Downdetector, aduan berkaitan masalah mengakses Yahoo Mail kebanyakannya diterima dari Eropah diikuti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Malaysia, Singapura dan India.


Lokasi aduan tentang masalah mengakses Yahoo Mail. Kredit foto: Downdetector
Beberapa pengguna turut mengadu bahawa e-mel yang mereka hantar semasa tempoh masalah berlaku didapati hilang.

Malah, laman sesawang khidmat pelanggan Yahoo iaitu help.yahoo.com juga tidak boleh diakses untuk beberapa ketika.

Aduan pengguna-pengguna Yahoo Mail. Kredit foto: Downdetector
Makluman daripada Yahoo Customer Care. Kredit foto: Twitter
Syarikat Oath yang memiliki Yahoo tidak memberikan butiran terperinci tentang masalah tersebut dan cuma menyatakan pihaknya sedar tentang isu teknikal yang menjejaskan perkhidmatannya.

Pada 2013, kebocoran data yang melibatkan Yahoo mengakibatkan akaun tiga bilion penggunanya ketika itu terjejas. - CARI

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 12-9-2019 04:12 PM
ehhhhhh.... manalah tau yahoo
xmengefek kehidupan pun xmcm google
Quote ctaz 12-9-2019 04:17 PM
yahoo down...
tak der efek apa2 pun...
Quote sarah82 12-9-2019 04:27 PM
Lama aku x guna yahoo
Quote ohnoLia 12-9-2019 04:32 PM
Ai masih guna email yahoo , aman2 sentosa
Quote underground 12-9-2019 04:48 PM
zmn dinasor. org us masih ramai yg guna email yahoo.

email yahoo ni kalau dormant hilang semua msg.
Quote R2D2 12-9-2019 04:49 PM
aku  masih ada akaun Yahoo, Gmail, Hotmail (Outlook Live)
Quote akuMNdia 12-9-2019 05:13 PM
aku hampir lupa kewujudan yahoo ni.
Quote mata.kail 12-9-2019 05:14 PM
Aku masih lagi guna yahoo..
Quote Cable 12-9-2019 05:16 PM
kapir bongok keje london tu msti pakai yahoo search engine..tu yg dia dpt aurora tu graviti....aurora tu graviti? gitu le ckp kapir bongok yg konon keje di london tu...london bridge is falling down..falling down...falling down
Quote RatuDunia94 12-9-2019 07:39 PM
Yahoo is so 20 years ago..
Quote AbukRokok 12-9-2019 08:13 PM
underground replied at 12-9-2019 04:48 PM
zmn dinasor. org us masih ramai yg guna email yahoo.

email yahoo ni kalau dormant hilang semua ms ...

wujud lg ke akaun dorman di zaman penuh spam ni?
Quote kimsa-ra 12-9-2019 11:07 PM
Haritu dh la iols book hotel..lpstu pelik knp xde keluar kt yahoo mail smpi dh 2-3 kali send..
Quote Malaysia.Doom 12-9-2019 11:20 PM
Edited by Malaysia.Doom at 12-9-2019 11:23 PM

Im still using Yahoo Email like others Westerner.

Be proud of our Western culture and values
Quote Perawankota 13-9-2019 12:10 AM
Ok.. next...
Quote Gomea 13-9-2019 01:22 PM
Ada lagik rupanya yg pakai yahoo.... Aku ingatkan yahoo ni da tak wujud
Quote scorpionkiki 13-9-2019 02:15 PM
Malaysia.Doom replied at 12-9-2019 11:20 PM
Im still using Yahoo Email like others Westerner.

Be proud of our Western culture and ...

Kuala selangor di barat selangor yer...
Quote ohnoLia 13-9-2019 02:30 PM
Gomea replied at 13-9-2019 01:22 PM
Ada lagik rupanya yg pakai yahoo.... Aku ingatkan yahoo ni da tak wujud

Ada sis.. byk utk email..gmail gitu...
Youtube i pun link ke yahoo..
Quote Malaysia.Doom 13-9-2019 03:06 PM
scorpionkiki replied at 13-9-2019 02:15 PM
Kuala selangor di barat selangor yer...

Sabak Bernam is located in West Coast of Peninsular Malaysia. This place is best known for their Western dishes. You should come over here
Quote Malaysia.Doom 13-9-2019 03:09 PM
Edited by Malaysia.Doom at 13-9-2019 03:17 PM
ohnoLia replied at 13-9-2019 02:30 PM
Ada sis.. byk utk email..gmail gitu...
Youtube i pun link ke yahoo..


For social media account and to fill out form I will use Yahoo Email adress

Untuk Google play Dan backup phone baru guna Gmail.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.103475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top