Selepas kecoh isu berkenaan status halal Starbucks Malaysia, kini ada pula mesej tular menerusi Whatsapp mengatakan minuman Tealive tidak halal.
Benarkah sedemikian? Nampaknya pihak JAKIM segera menjalankan tugas dan menjelaskan hal sebenar kepada masyarakat agar tiada kekeliruan berlaku. Memetik status di Facebook Bahagian Hab Halal Jakim, Tealive masih merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Ia sekaligus menafikan mesej palsu yang tular tersebut dan menyebabkan keresahan masyarakat sebelum ini.
“Masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat yang menular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara,” katanya. Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mudah dipengaruhi maklumat palsu. - CARI
|
nor_aini.s replied at 5-9-2019 04:34 AM
Kwn aku baru bukak tealive ni dia kata ade je sijil halal. Chatime je xde sijil halal lg.
shernazz replied at 5-9-2019 01:35 PM
Hanat btol.kebanyakan yang suka forward ni acik acik kepam
Pastu dengan konpiden tu..
No objection ...
hyie replied at 5-9-2019 02:50 PM
kat opis meols ada sorang yach..selalu forward benda2 gini kat group. Lepas kena tarbiah terus ins ...
hyie replied at 5-9-2019 02:50 PM
kat opis meols ada sorang yach..selalu forward benda2 gini kat group. Lepas kena tarbiah terus ins ...
hyie replied at 5-9-2019 02:50 PM
kat opis meols ada sorang yach..selalu forward benda2 gini kat group. Lepas kena tarbiah terus ins ...
ADVERTISEMENT