Edited by CARI-MAMS at 5-9-2019 12:29 PM
Selepas kecoh isu berkenaan status halal Starbucks Malaysia, kini ada pula mesej tular menerusi Whatsapp mengatakan minuman Tealive tidak halal.
Benarkah sedemikian?
Kredit foto: carian internet
Nampaknya pihak JAKIM segera menjalankan tugas dan menjelaskan hal sebenar kepada masyarakat agar tiada kekeliruan berlaku.
Memetik status di Facebool Bahagian Hab Halal Jakim, Tealive masih merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
Ia sekaligus menafikan mesej palsu yang tular tersebut dan menyebabkan keresahan masyarakat sebelum ini.
“Masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat yang menular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara,” katanya.
Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mudah dipengaruhi maklumat palsu. - CARI
|