Menurut sebuah artikel di Free Malaysia Today, kerajaan negeri Terengganu sedang dalam proses untuk mereka pakaian patuh syariah dan kod etika kelakuan untuk atlet. Bagi merealisasikan perkara itu, mereka telah menjemput beberapa pereka fesyen di negeri itu untuk memberikan cadangan rekaan baru berkenaan.
Portal tersebut juga melaporkan bahawa kerajaan negeri akan menarik diri daripada beberapa acara sukan yang tidak mematuhi etika tersebut. Kenyataan itu dikeluarkan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu. Garis panduan tersebut akan menekankan bukan sahaja terhadap kelakuan, tetapi pakaian yang bersesuaian ketika acara sukan. Bagaimanapun, Jawatankuasa itu dikatakan akan menimbangkan pendapat daripada pelbagai pihak. 'Bagaimanapun tiada kompromi untuk acara sukan gimnastik wanita kerana acara itu mempamerkan pakaian mendedahkan dan gerakan yang melampau, kecuali penonton wanita sahaja yang dibenarkan barulah ia akan dipertimbangkan,' tambah beliau. Sehingga cadangan pakaian dan kod kelakuan itu siap dan diluluskan, para atlet di negeri tersebut dibenarkan untuk memakai pakaian standard sedia ada. Bagaimana pula pendapat anda? Perlukah pakaian ahli sukan ditukar? Adakah ianya akan mempengaruhi prestasi mereka? - CARI
|
Bagi merealisasikan perkara itu, mereka telah menjemput beberapa pereka fesyen di negeri itu untuk memberikan cadangan rekaan baru berkenaan.
RatuDunia94: Hahaha.. ko panggil pereka fesyen buat pe la haiii.. panggil la ahli gymnas, jurulatih, pakar sukan gynmast suruh bg cadangan. Ko hengat Kemaman Fesye ...
Sang_Pencinta replied at 9-9-2019 11:09 AM
Siapa tahu bagaimana pengadilan sukan ni dibuat? Adakah urat dawai otot menonjol sedikit sebanyak me ...
RatuDunia94 replied at 9-9-2019 10:48 AM
Hahaha.. ko panggil pereka fesyen buat pe la haiii.. panggil la ahli gymnas, jurulatih, pakar su ...
merrissa replied at 9-9-2019 09:36 AM
tak perlu....kos baju akan membebankan negara - Tun M
ADVERTISEMENT