Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62 menempa sejarah kerana buat kali pertamanya Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri muncul dalam sebuah video klip menyanyikan bersama-sama sebuah lagu patriotik berjudul 'Setia' .
Video klip berdurasi 3 minit 32 saat tersebut telah dimuatnaik di akaun Facebook rasmi Perdana Menteri dan Youtube Chedet Official pada 30 ogos lalu. Setakat ini, video klip tersebut mendapat smabutan ramai dengan jumlah tontonan melebihi 80 ribu dalam dua hari sahaja. Dalam video tersebut, kelihatan YDP Agong Al-Sultan Abdullah diapit oleh Dr. Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota Kabinet menyanyikan lagu patriotik itu dengan penuh semangat.
Walaupun menyampaikan lagu tersebut seadanya, persembahan barisan pemimpin negara ini mendapat pujian ramai. "Sangat bagus dan bersejarah, pertama kali sejak Kemerdekaan dalam 62 tahun kita melihat YAM TDP Agong dan barisan menteri menyanyikan lagu Setia. Marilah kita sama-sama tujukkan kesetiaan dan kesatuan untuk Malaysia tercinta," kata seorang netizen. "Lagu yang sangat bermakna, saya sangat bangga lahir di Malaysia, Selamat Hari Kemerdekaan, cutelah!" tambah seorang lagi. Jika ini adalah strategi terbaru kerajaan untuk menyemarakkan rasa kecintaan terhadap negara menjelang hari Kemerdekaan, nampaknya ianya menunjukkan satu tanda positif. - CARI |
Sang_Pencinta replied at 2-9-2019 09:21 AM
YB Syed Sadiq nyanyi macam tak konfiden lirik je padahal dia yg paling muda, pasti dah selalu nyanyi ...
yuki812 replied at 2-9-2019 09:28 AM
credit gak pd composer dan penulis lirik.
rasanya penyanyi asal lagu ni francisca peter.
masa tu. ...
ADVERTISEMENT