Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62 menempa sejarah kerana buat kali pertamanya Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri muncul dalam sebuah video klip menyanyikan bersama-sama sebuah lagu patriotik berjudul 'Setia' .
Kredit foto: Bernama
Video klip berdurasi 3 minit 32 saat tersebut telah dimuatnaik di akaun Facebook rasmi Perdana Menteri dan Youtube Chedet Official pada 30 ogos lalu. Setakat ini, video klip tersebut mendapat smabutan ramai dengan jumlah tontonan melebihi 80 ribu dalam dua hari sahaja.
Dalam video tersebut, kelihatan YDP Agong Al-Sultan Abdullah diapit oleh Dr. Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota Kabinet menyanyikan lagu patriotik itu dengan penuh semangat.
Walaupun menyampaikan lagu tersebut seadanya, persembahan barisan pemimpin negara ini mendapat pujian ramai.
"Sangat bagus dan bersejarah, pertama kali sejak Kemerdekaan dalam 62 tahun kita melihat YAM TDP Agong dan barisan menteri menyanyikan lagu Setia. Marilah kita sama-sama tujukkan kesetiaan dan kesatuan untuk Malaysia tercinta," kata seorang netizen.
Kredit foto: Youtube
"Lagu yang sangat bermakna, saya sangat bangga lahir di Malaysia, Selamat Hari Kemerdekaan, cutelah!" tambah seorang lagi.
Kredit foto: Youtube
Kredit foto: Youtube
Jika ini adalah strategi terbaru kerajaan untuk menyemarakkan rasa kecintaan terhadap negara menjelang hari Kemerdekaan, nampaknya ianya menunjukkan satu tanda positif. - CARI
Post time 2-9-2019 09:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
credit gak pd composer dan penulis lirik.
rasanya penyanyi asal lagu ni francisca peter.
masa tu..aku sek rendah ke. pertandingan lagu patriotik ke..ingat2 lupa. fran pon masa tu kurus comel je..pkai dress itam.
tetiba rasa muda dgr blk lagu ni..